“Nak Buat Macam Mana, Tak Makeup Pun Cantik,” – Amyza Aznan

Share

Tidak dinafikan, bagi mengekalkan kecantikan wajah bukanlah satu perkara yang mudah.

Malah, ia sudah semestinya memerlukan rutin dan disiplin yang tinggi dalam menjaga penampilan.

Lalu, Amyza Aznan ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menurut Amyza, ada segelintir peminat yang mempersoalkan kecantikan wajah Amyza apabila menonton lakonan pelakon berusia 43 tahun itu di kaca TV.

Secara seloroh, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Ok.. meh kak kaaia explain skit psl drama ulangan smlm. SEBAGAI BANDUAN kak kaaia tak pakai makeup langsung. 100 BARE FACE. hanya tissue shj tuk lap peluh.dats all.

“so ada komen cynical yg ckp, dlm penjara pon cantik,suka kak kaaia tegas kan disini,this is my 100 percent bare face. nak buat camne.. tak makeup pon CANTEK,” tulisnya.

Malah, rata-rata peminat turut memuji kecantikan wajah Amyza yang kelihatan cantik meski sudah berusia 43 tahun.

Untuk rekod, Amyza telah dilahirkan pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka.

Foto: Instagram Amyza Aznan

IKLAN