“Nak Betulkan Apa I Cakap, Dengan Nak Tergolek…,”- Pertama Kali Digandingkan Bersama, Nabila Huda Kagum Cara Kerja Alif Satar

Share

Hos Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Nabila Huda mendedahkan dirinya berasa amat selesa untuk berkerja dengan selebriti versatil, Alif Satar meskipun ini merupakan kali pertama mereka digandingkan bersama.

Menurut Nabila, Alif telah banyak memberikannya tunjuk ajar sepanjang mengendalikan program yang sangat berprestij ini.

Malah, dia juga turut memuji sikap professional Alif ketika sedang bekerja.

 

“Hey @alifsatar , thank you so much for last night ! To be honest, Abil sangat selesa berdiri kat sebelah you walaupun ini pertama kali kite kerja together.

“First time kerja dah dapat tugas atas pentas yang sangat besar. Thank you sebab Alif guide Abil, bagi suggestion, seorang yang sangat professional dan senang berkerja,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Nabila turut berharap dia dan Alif dapat bergandiangan bersama lagi pada masa akan datang.

“Mana lagi you nak betulkan apa i cakap, dengan fumble, dengan nak tergolek. Drama queen! Haha. I had so much fun! I mean, We had fun. Sorry kalau ada kurang as your partner ok. Kalau ada rezeki, kita berkerja sekali lagi.

“Thank you @mediaprimabhd

bagi kepercayaan untuk Abil berdiri sebelah dengan one of the best and talented host in Malaysia dan berkongsi pentas dengan 12 finalist yang terlalu hebat.

“Good job to everyone dibelakang tabir yang berkerja keras untuk #AJL36 ! Unforgettable experience,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keserasian yang ditampilkan oleh kedua-dua hos ini.

“You both compete each other. Both are doing great.

“Good job my charismatic host, actor and maam.

“You both really look comfortable together. Chemistry sangat walau tak pernah hosting sekali.

“Good job Abil. Love your look. So cantik.

“Terbaik dua-duanya. Adore both of you,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, AJL36 telah berlansung dengan jayanya di Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur malam tadi.

Nabila dan Alif digandingkan bersama sebagai hos di pentas utama manakala Sissy Iman dan Sean Lee menggalas tugas selaku hos di ‘backstage’.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nabila Huda

IKLAN