Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.
Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat menerusi Instagram Jun lalu, ia bagaimanapun sudah jelas bagi menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.
“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.
Ads
Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.
Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Bila tiba sahaja musim perayaan, selain daripada menikmati juadah raya, seisi keluarga juga pastinya menantikan rancangan atau drama TV yang disajikan sempena Syawal.
Memang tak sah kiranya kita tidak menonton drama-drama raya bagi membangkitkan suasana ataupun ‘mood’ Syawal. Betuk tak?
Tapi, selain drama terkini yang tengah ‘in’, menonton drama raya lama yang ikonik pun boleh menggamit memori, malah tonton sama keluarga atau rakan taulan juga pasti akan lebih mengeratkan hubungan.
Jadi, kami senaraikan 5 drama raya ‘legend’ yang pernah menjadi bualan satu ketika dulu, senang nanti untuk anda tonton bila masa cuti hujung minggu ini!
Daun Ketupat Kering
Daun Ketupat Kering mengisahkan tentang seorang ibu yang menantikan kepulangan lima orang anaknya termasuk menantu dan seorang anak angkat. Pelbagai konflik telah berlaku sebelum kesemua anaknya bersetuju untuk pulang ke kampung pada malam raya.
Bagaimanapun, keriangan mereka untuk pulang ke kampung bertukar tragedi selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan kesemua mereka meninggal dunia.
Pondok Buruk
Drama Pondok Buruk pula memang sentiasa dinantikan bila tiba sahaja hari raya. Drama tersebut dilihat masih mampu memberi impak kepada penonton walaupun telah lama ditayangkan sejak 2002.
Drama yang bintangi oleh pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Allahyarham Ismail Din, Datuk Rosyam Nor dan Vanidah Imran.
Rendang Untuk Mertua
Jika drama sebelum ini banyak mengisahkan tentang hubungan antara ibu bapa dan anak kandung, Rendang Untuk Mertua ini pula menceritakan tentang kegigihan seorang menantu untuk mengambil hati ibu mertuanya.
Pelbagai dugaan harus ditempuhi, namun jauh disudut hati ibu mertuanya, dia amat menyayangi menantunya itu tetapi terlalu ego untuk diluahkan.
Takbir Suci
Lakonan mantap Raja Azura sebagai Kak Nora pasti membuatkan para penonton berasa geram bila melihatnya. Cara layanannya yang zalim terhadap anak-anak yatim membuatkan drama ini meningalkan kesan mendalam buat penonton.
Drama ini turut memiliki dua sambungannya iaitu Takbir Suci 2 dan 3.
Diari Ramadhan Rafique
Drama kekeluargaan yang lucu ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Rafique yang merupakan kacukan Melayu dan Perancis. Selepas bapanya meninggal, Rafiq terpaksa tinggal bersama neneknya selepas ibunya terpaksa bekerja di Singapura.
Pelbagai telatah lucu dapat disaksikan menerusi drama ini apabila Rafique harus menyesuaikan diri dengan suasana kampung selain turut fobia dengan sepupu yang sering membulinya.
Jadi, untuk kepuasan maksimum semasa menonton drama-drama ini, Huawei memperkenalkan sebuah komputer riba baru iaitu HUAWEI Matebook 13.
HUAWEI Matebook 13 ini dilengkapi dengan elemen HD yang akan membuatkan anda berasa teruja dan puas untuk menonton drama kesukaan anda.
Selain itu, komputer riba ini diperhebatkan lagi dengan ciri Dolby Atmos pada bunyinya. Lantaran itu, anda turut akan merasai pengalaman yang mengujakan ditambah pula ketika menggunakan earphone.
Jadi dalam suasana girang raya sekali pun, anda masih boleh mendengar audionya dengan jelas.
Selain itu, HUAWEI Matebook 13 juga mempunyai bateri berkapasiti 42 Wh (TYP) best-in-charge battery yang membolehkan anda menonton drama di mana sahaja meski terpaksa menempuhi perjalanan jauh misalnya untuk pulang ke kampung halaman pada hujung minggu.
Pada masa sama, ciri HUAWEI Share 3.0 juga membolehkan anda berkongsi fail yang lebih besar seperti drama-drama menarik sepanjang hari raya dengan cepat dan tidak memakan masa. Mudah bukan?
Lagi menarik, bentuk yang lebih nipis dan tampak elegan itu memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana sahaja tanpa membebankan.
Miliki HUAWEI Matebook 13 untuk pengalaman menonton drama yang mengujakan seaktu hari raya bersama keluarga. Barulah raya lebih sempurna.
HUAWEI MateBook Pilihan Terbaik Raya!
Miliki Huawei MateBook 13 secara eksklusif di Huawei Online Store dengan harga dibawah.
Bagi Matebook 13 pula ia dijual pada harga RM3999 bagi model i5/8GB/256GB/Nvidia manakala RM4399 bagi model i7/8GB/512GB/Nvidia. Jikalau anda mendapatkannya dari kedai online rasmi HUAWEI, anda juga akan mendapat HUAWEI mouse, HUAWEI laptop bag dan 1TB back-up simpanan dengan percuma!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon, Lisa Surihani tampil berhijab nyata mendapat perhatian peminat dan si empunya badan turut berharap dia dapat kekal dengan imej berkenaan.
Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya,menjadi suatu hal yang terlalu peribadi.
“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.
“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.
“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.
“Ia sangat peribadi, sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini turut mengakui mahu berubah, menjadi individu yang lebih baik.
“Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.
“Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, imej terkini filem Istanbul Aku Datang itu hangat diperkatakan selepas foto menghadiri majlis anjuran Snap Inc, semalam, yang memperlihatkan dirinya mengenakan tudung, mulai tular.
Malah, rakan artis Intan Ladyana turut berkongsi foto mereka bersama dan Lisa turut mengenakan hijab. Pelakon tersebut turut meminta peminat mendoakan yang terbaik selepas ada yang bertanya sama ada aktres itu sudah bertudung atau sebaliknya.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau sinonim dipanggil Mawi kini merupakan salah seorang penyampai radio di stesen radio Zayan.
Cumanya, menerusi entri terbaru di akaun Instagram milik Mawi, dia ada berkongsi kritikan dan sindiran daripada pensyarah, Saadan Man.
Dr Saadan Man dilihat ada memberikan reaksi perihal penyampaian Mawi bagi segmen Mawi Jawi.
Ini kerana Dr Saadan ‘kreativiti’ yang dipersembahkan untuk segmen Mawi Jawi tidak berapa tepat dan tidak mengikuti standard Bahasa Jawi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Bagaimanapun, pandangan yang dikongsinya mendapat reaksi baik Mawi.
“Terima kasih atas kritikan & teguran Dr Saadan Man.Terima kasih juga sebab sudi dengar radio ZAYAN khususnya segmen #MAWIJAWI.
“Alhamdulillah..Sejak adanya radio ZAYAN semakin ramai yang suka berbincang pasal tulisan jawi. Tapi sembang kat FB ni tak syok la..Kita tak tahu pucuk pangkalnya.
“Jom la kita lepak makan cendol ke?Lepak memancing ke? Kena roti banjir pun baik juga,” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.