Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit mendedahkan dirinya lebih selesa untuk memasarkan bisnesnya menerusi kekuatan produknya sendiri berbanding daripada mengharapkan gimik-gimik murahan.

Menurut Ayu, kaedah tersebut ternyata berhasil apabila bisnes cili jeruk yang diusahakannya kini turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan.

“Nak Berlakon Tak Pandai, Saya Bukan Propa,” – Ayu Damit Tak Perlu Gimik Murahan Demi Bisnes!

“Mungkin semua orang pun dah tahu yang saya ni tak pandai nak buat gimik-gimik ni. Nak berlakon pun tak pandai. Lebih baik saya buat dengan cara yang betul. Itulah Ayu Damit dan saya tak perlu jadi orang lain.

“Dari segi marketing, memang ramai yang beri cadangan kepada saya. Ada yang cadang supaya saya bergaduh dengan orang lain tapi itu bukan saya. Saya ni bukan jenis yang ‘propa’.

“Marketing secara direct macam ni rasanya lebih bagus. Ini terbukti dengan adanya nama-nama besar yang datang turun sendiri ke program saya yang diadakan secara formal ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Cili Jeruk Yugi Fresh dan pasar tani bergerak yang berlangsung di Stesen LRT Putra Heights pada Sabtu.

IKLAN

Turut sama hadir melancarkan majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Tn. Azhar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Firdaus Effendy Mokhtar.

“Nak Berlakon Tak Pandai, Saya Bukan Propa,” – Ayu Damit Tak Perlu Gimik Murahan Demi Bisnes!

Pada masa sama, Ayu turut menafikan dirinya menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk mendapatkan sokongan daripada individu-individu penting ini.

“Orang akan terfikir macam mana saya boleh jemput nama-nama besar ni? Tapi saya tidak bawa pun gelaran artis untuk panggil mereka semua ini.

IKLAN

“Sebelum jemput mereka, saya datang dulu berjumpa mereka untuk tunjuk produk dan kebun saya. Mereka pun datang tengok kebun saya sendiri. Sebab itulah produk saya ada disini ketika ini

“Saya bukan katakan tidak kepada gimik murahan tapi ini adalah punca rezeki saya. Kalau kita gunakan gimik yang tidak elok untuk jana rezeki meski pun dah penat pacak tanah dan bercucuk tanam, saya percaya ia takkan kekal lama,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Yugi Fresh juga berhasrat ingin meneruskan lagi karnival pasar tani bergerak ini di seluruh stesen LRT bagi membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memperagakan produk mereka.

“Nak Berlakon Tak Pandai, Saya Bukan Propa,” – Ayu Damit Tak Perlu Gimik Murahan Demi Bisnes! “Nak Berlakon Tak Pandai, Saya Bukan Propa,” – Ayu Damit Tak Perlu Gimik Murahan Demi Bisnes!

IKLAN

Karnival ini juga bakal menjual barangan-barangan segar dengan harga terus daripada ladang.

“Apa yang kami mohon dengan PRASARANA adalah untuk Yugi Fresh ini dapat bergerak ke setiap stesen LRT pada setiap minggu. Saya nak buktikan harga dari ladang ini tak mustahil.

“Saya kesian dengan orang kita, saya ada pengalaman bila pergi ke kedai untuk beli sebatang timun dan harganya RM2. Sedangkan saya jual RM1.80 sekilogram. Perbezaannya sangat ketara. Jadi, saya tak boleh biarkan perkara ini berterusan.

“Saya tak risau kalau dilabel mengganggu harga pasaran. Kalau saya jual cili padi dengan harga RM18, itu cara saya. Mungkin bila perkara ini terjadi, peniaga lain juga akan kurangkan harga.

“Lumrah dalam perniagaan, harga itu memainkan peranan. Siapa jual paling murah, mereka akan jadi pilihan. Kita turunkan harga barang RM1 pun dah membahagiakan semua orang,” akhirinya.

“Nak Berlakon Tak Pandai, Saya Bukan Propa,” – Ayu Damit Tak Perlu Gimik Murahan Demi Bisnes!Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI