“Nak Bergurau Dengan Budak Ikutlah Peringkat Kematangan Mereka,” – Tak Kan Nak Harapkan Makcik Kantin? Diana Danielle Harap Cikgu Fikir Waras

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan rata-rata mengecam sekeras-kerasnya terhadap tindakan guru berkenaan.

Pelakon Diana Danielle misalnya, ada memberikan komen serta pendapat mengenai perkara tersebut.

Di samping meluahkan rasa kecewa, Diana memberitahu jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual tidak sesuai untuk dijadikan bahan lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.

“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas… merepek and being sexually inappropriate is different tau.

“Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if theyre children, the jokes you tell your collegues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah.

“Don’t normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik canteen ke? credit @neilleffendy (twitter),” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa setuju dengan perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Foto: Instagram Diana Danielle

IKLAN