Wawa Zainal Bagi Syarat, Tiada lagi ‘Man Bun’ Aeril Zafrel; “Nak beli Motor Boleh Tapi Kena Potong Rambut.”

Share

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.

Menurut Wawa, Aeril berbuat demikian sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.

“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.

“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa menerusi video yang kini sudah pun mendapat lebih 200,000 tontonan itu.

Menerusi ruangan kapsyen, Wawa bertanya kepada peminat apakah yang dilakukan mereka.

“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pandangan dan kurang yang berpendapat Aeril kelihatan lebih kacak apabila berambut kemas pendek.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN