Pelakon, Zul Ariffin tidak menafikan dia mengambil masa agak lama untuk bertenang selepas pemergian ibunya, Robiah Nasir akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu.

Bagaimanapun, hero filem Tombiruo itu reda meski kehilangan ibu tercinta sangat besar buat dirinya. Kata Zul kepada MH, dia perlu kuat dan harus meneruskan kehidupan dan mengisi kekosongan yang dirasai dengan komitmen kerja.

“Nak Bawa Ibu Bercuti Ke Dubai, Seterusnya Mengerjakan Umrah. Just Saya Dengan Dia…” – Perancangan Zul Ariffin Buat Arwah Ibu

IKLAN

“Kalau diikutkan drama bersama Neelofa, Ti Amo Sweetheart 100 Hari adalah projek pertama setelah beberapa bulan. Agak sukar untuk saya buat kerja selepas kehilangan ibu, tetapi sampai bila nak kena macam itu.

 

“Jadi kena paksa diri teruskan kehidupan and force myself to be happy. Orang boleh nampak saya macam gelak-gelak dan macam okay, tapi bila berseorangan terasa kehilangan, sehingga ke hari ini,” luah Zul ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) di Timbre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya lagi, agak sukar untuk dia menghentikan rutin kebiasaan yang sering dilakukan bersama arwah ibunya sebelum ini.

“Ibu saya adalah rutin saya,  setiap pagi saya akan selalu hubungi dan bercakap tentang apa sahaja sebelum saya mulakan kerja. Malah ketika penggambaran Hantu Kak Limah saya bawanya ke set dan sebagainya. Benda tu sudah jadi seronok,” kongsi Zul jujur.

“Nak Bawa Ibu Bercuti Ke Dubai, Seterusnya Mengerjakan Umrah. Just Saya Dengan Dia…” – Perancangan Zul Ariffin Buat Arwah Ibu

IKLAN

Dalam pada itu, Zul turut sedikit terkilan apabila impiannya untuk membawa ibunya bercuti dan mengerjakan umrah tidak kesampaian awal tahun ini.

IKLAN

“Saya merancang nak bawa arwah ibu bercuti ke Dubai seterusnya mengerjakan umrah. Just saya dengan dia. Malah dua tiga hari sebelum arwah meninggal, kami berbual panjang dan mahu spend time dengan bercuti, tapi tak kesampaianlah.

 

Nak buat macam mana, saya kena teruskan bekerja ,” katanya yang turut memberitahu, antara peninggalan bermakna daripada ibunya adalah senaskhah al-Quran.

Foto: Instagram Zul Ariffin

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI