Usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee berpendapat sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya terlalu berkira terutamanya bila melibat soal pendidikan dan kebajikan anak-anak.
Malah, Farah turut menyifatkan anak-anak juga merupkan pintu rezeki kepada sesebuah keluarga.
“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulisnya.
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar itu turut menekankan anak-anak merupakan amanah daripada Allah dan perlu dijaga dengan sebaiknya.
“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.
“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
Ads
“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berkongsikan mengenai kisah hidup masing masing.
Ads
Terdahulu, Farah dan Ally telah mendirikan rumah tangga pada 2012 namum memutuskan untuk bercerai pada 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maream Esabel.
Sumber: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dirinya tidak berasa ralat kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja gara-gara masalah kotak suara yang dialaminya ketika ini.
Menurut Nabila, dia sebolehnya mahu terus berfikiran postif dan percaya bahawa rezeki sememang telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Penyakit kotak suara yang saya alami sekarang ini tidak boleh dipandang remeh. Mungkin perkara tersebut akan lebih mengeruhkan keadaan kalau saya paksa. Ini adalah satu-satunya aset yang saya ada. Ini periuk nasi saya.
“Buat masa sekarang banyak yang perlu saya lepaskan. Bagaimanapun bukanlah bermaksud lepaskan sangat tiada kerugian pun buat saya cuma lebih kepada berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Pada waktu sekarang ini ramai yang perlukan kerja. Mungkin tuhan suruh saya berehat sekejap buatlah benda ni dulu bagi orang lain buat kerja yang lain pula.
“Bagi saya itu lebih kepada berkongsi rezeki dan saya lebih selesa untuk mencari sisi positif daripada ujian yang saya alami kini. InsyaAllah lebih banyak yang mendatang selepas ini,” katanya kepada MH.
Tidak putus-putus menerima tawaran sebagai duta produk, penyanyi lagu Peluang Kedua ini menyifatkan segalanya sebagai hikmah terhadap ujian yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya memang gembira sangat-sangat. Walaupun dalam keadaan pendamik sekarang ini, saya masih lagi diberi rezeki. Saya tak tahu apa yang saya dah buat tapi lepas satu-satu rezeki datang dekat saya. Saya hanya mampu bersyukur.
“Dalam keadaan yang tak mengizinkan saya untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, tak bermakna saya tak berkerja langsung.
“Saya masih berehat tetapi kalau untuk kampen dan endorsement saya masih aktif,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Zarul Husin, berkongsi cerita apabila memaklumkan akaun Instagram miliknya hampir sahaja menjadi mangsa godam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai berpengkalan di Turki.
Menurut Zarul, dia terpaksa berhempas pulas untuk melindungi akaunnya itu meskipun sedang sibuk menjalani sesi pengambaran pada ketika itu.
Bagaimanapun, vokalis Umbrella itu turut mendedahkan dia berjaya mendapatkan kembali akaunnya itu lalu segera mengambil langkah berjaga-jaga dengan menukar segala maklumat penting mengenai akaun berkenaan.
“Dua hari lepas IG saya hampir-hampir di hacked oleh hacker dari Turkey ni. Berhempas pulas saya cuba ambik balik despite busy dengan shooting.
“Selepas 15 minit dapat balik hacker tu rampas balik dr saya. Lepastu saya ambik balik then cepat-cepat tukar password tukar emel buat two factor authentication etc,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Zarul mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika ada menerima sebarang pautan daripada mana-mana individu-individu yang tidak dikenali terutamanya di ruangan direct message.
“So far Alhamdulillah tiada lagi cubaan seterusnya dari hacker tu. So be careful dengan apa sahaja link yg dihantar ke IG atau phone yang bagi 6 digit code especially dr 66998,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selain ada yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.
Terhadulu, akaun Instagram milik Zarul memiliki jumlah pengikut seramai lebih 400,000 orang.
Selain di Instagram, Zarul juga dilihat aktif di laman Youtube dengan menghasilkan pelbagai kandungan meranik mengenai kerjaya-kerjaya di awan biru.
Sumber: Instagram Zarul Husin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.