Peminat pasangan pelakon, Hafreez Adam dan Zara Zya nampaknya tidak sabar melihat kisah cinta pasangan itu berakhir ke jinjang pelamin.
Semalam, pelakon drama Monalisa itu memuat naik foto berserta soalan di ruangan kapsyen Instagramnya.
“Apa benda/ perkara yang paling kauorang nak sekali?,” soalnya.
Ternyata, soalan itulah yang ditunggu-tunggu oleh para peminat apabila kebanyakannya membalas dengan harapan supaya kedua-dua mereka berkahwin.
Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan hajat mereka ingin bertemu dengan Hafreez dan juga Zara.
Alahai, terhibur betul MH baca komen-komen yang ditinggalkan para peminat itu. Apa-apapun, sebagai peminat, kita doakan supaya ada jodoh diantara mereka. Kalau ada jodoh tak kemana kan?
Foto/Instagram: Hafreez Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI