Naim Daniel Kemalangan Pagi Tadi, Rahang Terkehel

Share

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel sebentar tadi memaklumkan dirinya telah mengalami kemalangan ketika sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Purnama itu menerusi Instagram.

Kelihatan kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Naim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya memberitahu bahagian rahangnya kemungkinan terkehel.


“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tenang menghadapi ujianNya, Naim juga menzahirkan rasa syukur kerana beranggapan apa yang terjadi adalah rezeki untuknya pada hari ini,

Dia pada masa sama turut berkongsi keadaan kereta yang dipandunya secara terperindi di Insta Stories.

Serentak dengan makluman tersebut, rakan selebriti termasuk peminat meminta Naim agar kuatkan semangat dan jaga diri di samping meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya.

Foto: Instagram Naim Daniel

IKLAN