Naim Daniel Akhirnya Potong Rambut, Ramai Kata Stail Terbaru Macam Artis Korea

Share

Pelakon dan penyanyi meningkat naik, Naim Daniel akhirnya memutuskan untuk memotong rambut kesayangannya yang difahamkan telah disimpan sejak lebih setahun yang lalu.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Naim ada berkongsi stail terbaru rambutnya yang kini dilihat tampil lebih rapi dan kemas.

 “Bismillah,” tulisnya ringkas.

Foto tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Rata-ratanya menganggap imej terbaru penyanyi lagu Sumpah ini persis pelakon-pelakon antarabangsa Korea Selatan.

Sebelum ini, Naim pernah berjanji bersama peminat bahawa dia akan memotong rambutnya itu sekiranya lagu terbarunya yang berjudul Purnama trending nombor satu di laman Youtube.

Naim akhirnya mengotakan janjinya itu dengan hanya memotong sebahagian kecil daripada rambutnya.

Sumber: Instagram Naim Daniel

IKLAN