Susulan tular video yang memaparkan pelakon Beego menyertai jemaah tabligh selama tiga hari di Pulau Perhentian, Terengganu, isterinya Linda Hashim tampil memberikan respon.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Linda berharap agar suaminya itu dapat kekal istiqomah dan bukan sebaliknya.
“Tabligh tu dah betul dah. Takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqomah. Jangan wayang je,” tulisnya.
Pada masa sama, Linda turut memohon agar Beego dapat segera menyelesaikam urusan nafkah dan menjalankan tanggungjawab sepatutnya terhadap anak-anak.
Ads
“Nafkah dan tanggungjawab pada anak-anak mana? Tak selesai-selesai lagi?,” dedahnya lagi.
Ads
Sementara itu, sejurus tular video yang memaparkan Beego menyertai jemaah tabligh, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan berdoa agar segala urusan kehidupannya dipermudahkan.
Terdahulu, mahkamah menetapkan tarikh 30 Jun depan bagi pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Ads
Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, Anggun Cassandra dan Indah Camelia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Hashim & Tik Tok Azree Kamarulzaman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium.
Menariknya, inisiatif ini dilakukan secara ikhlas tanpa sebarang keperluan untuk dijadikan bahan publisiti atau ditunjukkan kepada umum.
Menurut Noraniza yang juga pengasas bagi produk berkenaan, dia sendiri tidak bercadang untuk merakam atau memaparkan proses pemberian wang tunai kepada penerima Golden Voucher.
“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.
Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang cepat membuat andaian negatif.
“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan.
“Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga menegaskan bahawa penyertaan Golden Voucher dijalankan secara telus dan rawak, dan ia bertujuan memupuk semangat memberi tanpa mengharapkan balasan mahupun pengiktirafan.
Mereka turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan dan menyeru agar semua pihak menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka.
“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.
Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kesal, dipercayai terhadap kenyataan seorang individu yang didakwa telah memperlekehkan beberapa jurusan seni di universiti.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, tampil membidas tindakan tersebut.
“Nama guna DMA Islam tapi tak habis-habis kutuk-kutuk orang macamlah kau terpaling professor,” tulis Aaron.
Malah menerusui ruang kapsyen, Aaron menulis; “No caption needed.”
Bintang filem Ombak Rindu itu turut berpendapat, bidang berkaitan memainkan peranan tersendiri dalam perkembangan industri kreatif tempatan.
“Buang je nama ‘Islam’ kalau kau nak burukkan seni orang lain. Industri Mass Comm ni lah yang naikkan industri filem ratusan juta. Kepala Bana..,” tegasnya lagi.
Kenyataan Aaron itu menerima sokongan ramai warganet yang turut memberikan reaksi tersendiri.
Terdahulu, pempengaruh terbabit telah menerima kecaman dan komen pelbagai selepas kenyataannya dianggap keterlaluan serta merendahkan martabat ilmu dalam bidang tertentu.
Sehingga kini, hantaran yang dibuat Aaron sudah pun menerima lebih 8,000 tanda suka dan disusuli dengan ratusan komen yang ditinggalkan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Fauziah Latiff memaklumkan dirinya masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, meskipun baru saja tampil dengan single duet bersama penyanyi, JessC menerusi lagu duet berjudul Tak Terpisah.
Menurut Fauziah atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, penglibatannya dalam lagu berkenaan lebih kepada usaha menyokong perjalanan seni teman baiknya JessC, yang juga dikenali sebagai Jessie Chung.
“Saya tidaklah kembali aktif tapi lagu ini merupakan satu projek istimewa bersama JessC memandangkan kami pun saling mengenali.
“Kali terakhir saya keluarkan lagu pun sekitar sembilan tahun lalu, itu pun lagu runut bunyi untuk sebuah drama (Seindah Takdir Cinta) dan lagu itu dirakamkan untuk promosikan drama tersebut.
“Ya, saya pun sudah lama tidak rakamkan single solo. Tapi bagi saya tak mengapa walaupun ramai yang bertanya mengenai single baru, saya percaya pada rezeki,” jelasnya.
Fauziah yang mesra disapa Kak Jee berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Album Dekati milik JessC yang di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam album terbaharu Dekati yang memuatkan enam lagu baharu itu, single duet Tak Terpisah turut dimuatkan.
Malah JessC turut menyatakan rasa gembira apabila impiannya untuk berduet bersama idola akhirnya tercapai.
“Sudah tentu saya rasa teruja dan gembira. Sebenarnya usaha ‘memujuk’ sudah lama cuma kali ini kami ada rezeki untuk berduet.
“Ikutkan perancangan, saya nak kerjasama lagi dengan Kak Jee untuk dua buah lagu baharu yang akan dilancarkan nanti. Apa pun, kita lihat pada keadaan,” katanya.
Dalam pada itu, Fauziah turut mengakui, karya berkenaan memberi kesan mendalam kepadanya sejak kali pertama ia diperdengarkan.
“Kali pertama mendengar Tak Terpisah saya mengalirkan air mata sebab bagi saya lagu ini ada soul, jadi saya cuba terbaik untuk menyampaikan untuk semua.
“Terima kasih JessC dan seluruh pasukan untuk Tak Terpisah. Seluruh pasukan sangat bagus dan sangat menyokong antara satu sama lain.
“Kami juga sudah kenal lama, jadi untuk menyokong industri muzik saya terima cabaran ini dan sangat gembira bila dapat bekerjasama dengan dia,” ujarnya lagi.
Meskipun belum bersedia untuk merakamkan single baharu secara aktif, penyanyi berusia 54 tahun ini terbuka terhadap peluang merakam lagu daripada komposer baharu.
Namun, tetap berhati-hati dalam membuat pilihan karya.
“Ada beberapa lagu yang diterima dan ada satu lagu yang sangat suka tapi mungkin tiada jodoh dengan lagu itu.
“Cuma untuk situasi saya sekarang, perlu berhati-hati dalam memilih sesebuah lagu sebab ini adalah satu tanggungjawab.
“Jadi, perkara ini saya sangat titikberatkan. Biarlah kita hasilkan lagu yang betul-betul orang suka, dan kita akan sampaikan ia dari hati.
“Setiap lagu saya rekod ada keistimewaan tersendiri jadi dari segi pemilihan perlu terperinci. Tapi saya terbuka dengan genre baru dan juga komposer baru,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran tele-filem bertajuk Srikandi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...