Nadiya Nisaa Susah Nak ‘Lepaskan’ Sharifah Amani; “Sebab Dah Biasa Dia Selalu…”

Share

Pelakon Nadiya Nisaa tumpang gembira apabila sahabat baiknya, aktres Sharifah Amani kini sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir pada Sabtu lalu.

Mengakui sukar untuk ‘melepaskan’ kawan rapatnya itu, Nadiya, 37, berkata Amani merupakan antara rakan yang sentiasa mengambil berat tentang orang lain selain sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya berada selesa dan gembira.

“Semoga kekal abadi, tumpang gembira buat sahabat tercinta, Sharifah Amani.

“Sejujurnya susah nak lepaskan Nani (Amani) sebenarnya sebab kami (kawan-kawan baik) dah biasa dia selalu ambil berat tentang orang, sentiasa pastikan semua orang gembira, selesa dan dia tahu apa yang kami perlukan.

“Sekarang dia dah ada orang yang akan jaga dia pula sampai bila-bila. Alhamdulillah.

“Love you Nani & Med,” tulis Nadiya.

Selain Nadiya, majlis resepsi yang diadakan di The Estate, Kuala Lumpur pada malam Sabtu itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan baik Amani yang lain seperti Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharmaine Othman.

Amani, 36, yang merupakan anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar selamat diijabkabulkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada pagi Sabtu lalu.

Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Nadiya Nisaa

IKLAN