
Pelakon Nadia Brian mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi (DM) daripada rakan artis, Nora Danish yang sekali gus membuatkan dirinya rasa tersentuh.
Ia susulan foto romantis yang dimuat naik bekas suami Nora, iaitu Nedim Nazri Aziz bersama Nadia di akaun Instagram miliknya, yang mencuri perhatian ramai sejak semalam.

DM Nora Danish Buat Nadia Rasa Dihargai
Menurut Nadia, meskipun belum pernah bertemu Nora secara peribadi, dia mengakui aktres itu sangat profesional dan berlapang dada.

“Saya tengok Nora dan Nedim sangat profesional dan baik. Saya sangat menghormati Nora dan bila dia hantar mesej peribadi ‘welcome to family’ serta like posting gambar saya dan Nedim, saya sangat tersentuh.
“Penerimaan itu Alhamdulillah. Saya tahu Nora pun kenal saya sebab kami dalam industri yang sama.
“Saya belum pernah jumpa lagi dengan Nora, tapi saya ada jumpa Nene (Neqayl),” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi bahawa dia pernah bertemu anak lelaki hasil perkahwinan Nora dan Nedim, iaitu Mohamed Neqayl, meskipun belum berkesempatan berjumpa dengan Nora sendiri.
Serah Soal Jodoh Pada Allah
Mengulas hubungannya dengan Nedim yang juga dikenali sebagai Boss Ned, Nadia mengakui mereka baru sebulan mengenali satu sama lain dan masih dalam fasa memahami hati budi masing-masing.

“Sejujurnya, kami mula berkenalan sejak sebulan lalu, memang baru sangat-sangat dan masih dalam proses mengenali hati budi lagi.
“Kalau boleh, doakanlah yang baik-baik dan terima kasih untuk doa dan kata-kata yang baik.
“Sekarang kami berdua sama-sama berstatus solo dan rasa-rasanya tiada masalah untuk berkawan dan meneruskan hubungan ini.
“Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah SWT,” katanya.
Semalam, Nedim dan Nadia mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama di akaun Instagram masing-masing. Selain foto berdua, Nedim turut berkongsi gambar bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.
Kapsyen yang ditulis Nedim dalam hantaran tersebut turut menjadi perhatian ramai dan seolah-olah memberi gambaran tentang hubungan mereka ketika ini.
View this post on Instagram
“Sebahagian kecil daripada hati saya tinggal di sini,” katanya.
Untuk rekod, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl. Namun, pasangan itu disahkan bercerai pada Julai 2024.
Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum berpisah secara sah pada April 2021.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Mstar, Instagram Nadia Brian & Nedim Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




