Nadia Brian Buat Majlis ‘Bridal Shower’, Naik Pelamin November Ini!

Share

Menanti detik bergelar isteri pada November ini,pelakon Nadia Brian mengadakan majlis ‘bridal shower’ malam tadi.

Tampil anggun menyarungkan dress berwarna merah, Nadia mengadakan majlis tersebut di sekitar ibu kota.

Turut hadir,rakan selebriti seperti Ainul Aishah.

Difahamkan, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi akan melangsungkan majlis pekahwinan pada 9 November ini.

Terdahulu, Nadia dan Muizz Nasruddin telah mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu.

Foto: Instagram Nadia Brian,Ainul Aishah

IKLAN