Nad Zainal & Ungku Sah Suami Isteri Sejak 23 Januari Lalu, Mas Kahwin RM1000

Share

Setelah menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen gara-gara memuat naik video berpimpin tangan di sebuah masjid awal pagi tadi, pelakon, Nad Zainal memaklumkan dirinya telah selamat bernikah dengan aktor, Ungku Ismail pada tanggal 23 Januari lalu.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Nad menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Nad Zainal turut berkongsi foto cincin serta beserta mas kahwin yang bernilai RM1000.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pereka fesyen yang bertanggungjawab menyempurnakan sepersalinan tradisional rona putih buat pasangan pengantin baharu itu.

“Bermula sebagai clien tele SETH&LUNA dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat.

“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nad Zainal dan Ungku Ismail.

“Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulis pengendali akaun Instagram Seth & Luna.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nad dang Ungku Ismail akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sekadar informasi, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom kini berusia setahun.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal & Seth & Luna

IKLAN