Pelakon versatil, Nad Zainal mengaku tidak memberi pendedahan berlebihan buat anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 1 tahun, dengan gajet memandangkan usianya masih lagi kecil.

Tambah Nad, pendedahan melampau gajet pada anak mampu mendorong anak yang masih untuk terus ‘melekat’ dengan gajet sehingga boleh menjurus kepada perkara negatif terutamanya daripada aspek psikologi dan kesihatan anak.

Nad Zainal Tak Ajar Anak ‘Main Gajet’

IKLAN

Nad memberitahu hal tersebut kepada MH selepas ditemui di Majlis Baby Shower Mega Bersama Happikiddo di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut sama hadir di dalam majlis berkenaan untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak ialah Hanis Zalikha.

““Zaman sekarang, untuk elakkan anak daripada merengek misalnya, aka nada segelintir ibu bapa yang akan sogokkan anak dengan gajet supaya anak kecil leka dengan apa yang ditontonnya. Bagi saya itu tidak menjadi masalah kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk didik anak.

 

“Bagaimanapun, saya dan suami sepakat untuk katakan ‘no gadjet’ tidak berapa galakkan anak isi masa terlalu lama dengam gajet kerana ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi, hingga tidak mahu berenggang dengan gajet. Kalau boleh saya tidak mahu hal sedemikian terhadi pada Fahad,” luah Nad yang turut disuami, Muhammad Faliq Amirudin dalam majlis tersebut.

 

“Bagi kami, lebih baik berikan mainan khusus buatnya. Itulah yang kami praktikkan dan mujur, Fahad boleh menerimanya. Mungkin bila usianya berada di fasa pra persekolahan, kami akan sedikit terbuka untuk dedahkan Fahad dengan gajet.

 

“Yelah, saya pun sedar dengan perkembangan sekarang, kita tidak boleh menidakkan akan kepentingan gajet. Cuma untuk Fahad, kami akan berpada-pada,” tambah ibu muda berusia 27 tahun ini lagi.

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI