Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Nabil ketika sesi sidang media drama, Bukan Cinta Sempurna yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Nabil, mereka dijangka menimang anak kedua pada hujung tahun ini.
Ads
“Pengumuman yang ingin dikongsikan adalah saya dan Ayda telah berkerjasama dan berpeluh-peluh mencuba untuk mendapat cahaya mata kedua.
“Usia kandungan kini sudah pun memasuki hampir lima bulan,” katanya kepada MH.
Ads
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap agar semua pihak dapat menghormati penghasilan sesebuah karya meskipun ia tidak menepati citarasa setiap pendengar.
Menurut Siti, setiap komposer telah berhempas pulas mengerah idea untuk menghasilkan karya terbaik untuk seseorang penyanyi.
“Karya kreatif tu subjektif. Tiada sedap atau tak sedap. Pengkarya menghasilkan muzik mereka. Hargai komposer yang menghasilkan lagu meski zaman berganti zaman,” tulisnya.
Kenyataan tersebut merupakan respon Siti terhadap komen seorang individu di Instagram yang mengatakan lagu Romansa Kita yang dipersembahkan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini kurang menyengat.
“Tak sedap lagu Datuk malam tadi. Suka lagi lagu Datuk yang dulu-dulu. Bukan tak mengikut peredaran semasa tapi entahlah, lebih baik Datuk kekalkan dengan persembahan dan lagu-lagu Datuk yang dahulu,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi individu membuat andaian dengan mengatakan Siti dan team produksinya sebenarnya tahu akan kelemahan lagu-lagu di album Sitism berdasarkan pandangan-pandangan daripada netizen.
“Bila baca komen yang Tokti balas dekat satu komen ni yang cakap lagu tak sedap, secara peribadi saya rasa Tokti dan team sedar yang lagu baharunya ramai yang cakap tak sedap. Tidak seperti lagu-lagu terdahulunya,” kongsinya.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menyangkal dakwaan tersebut dan meminta semua pihak tidak memutarbelitkan kenyataannya.
“Saya tak pernah cakap lagu tak sedap. Saya menghargai setiap kerja keras dan karya orang. Ia melalui proses pemilihan.
Muzik ini berkait dengan citarasa. Kita suka atau tidak suka macam makanan juga.
“Tapi untuk cakap karya orang tak sedap, saya tak setuju sebab muzik ini luas dan subjektif.
“Jangan salah tafsir apa yang saya tulis dan alhamdulilah, yang suka bagi respon yang baik tak yang tak suka, mungkin dengar lagu yang mereka suka,” balasnya.
Terdahulu, Siti telah melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism pada 30 Jun lalu.
Album tersebut membuat lapan lagu baharu antaranya Sehebat Matahari, Ganti dan Menyapa Dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya dan isteri, Tya Ariffin pernah berlekakuan sombong terhadap pekerja hotel, individu yang dikatakan memfitnah anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid telah tempil membuat permohonan maaf.
Jelas individu terbabit, dia kesal dengan perbuatannya itu yang secara tidak langsung telah menjejaskan imej Asyraf serta keluarganya.
“Saya dengan seikhlas hati dan rendah diri ingin memohon maaf kepada Asyraf Khalid sekeluarga kerana posting saya.
“Saya kesal yang posting saya jadi viral dan mendatangkan mudarat kepada Asyraf sekeluarga. Saya dengan ini berharap Asyraf sekeluarga dapat memaafkan saya,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
Tidak lama selepas itu, Asyraf yang juga merupakan usahawan tampil memberikan reaksi balasnya dan memaklumkan dia telah pun memaafkan individu berkenaan.
Bagaimanapun, dia berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Salam, saya sangat kesal dengan apa yang awak dah buat tapi saya faham, mungkin awak stress berkerja dan fikir apa yang awak cakap tu tak bagi kesan apa-apa.
“Tapi ianya bagi kesan yang sangat mendalam pada saya. Saya maaf kan awak, tapi please learn from this,” tulis Asyraf di Twitter.
Sebelum ini, Asyraf dan isteri telah dikritik hebat netizen berikutan ciapan yang dimuatnaik oleh individu berkenaan sehingga mendapat perhatian pihak media.
Disebabkan hal tersebut, Asyraf tampil membuat penjelasan panjang lebar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, bapa kepada dua orang cahaya mata itu akui sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan terutamanya ketika melayan orang-orang di sekelilingnya.
Lantaran itu, Asyraf turut memohon maaf andai dirinya pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sanggup bersama-sama menghadapi fasa susah menjadi asbab penyatuan dua jiwa diantara penyanyi dan pelakon Cat Farish bersama cinta hatinya, Shikin Maembong.
Ketika ditemui media usai majlis akad nikah, Cat mendedahkan bibit percintaan mereka bermula dengan sangat unik dan dia juga tidak mengangka perbuatannya itu bakal membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Dia jatuh hati selepas melihat saya membersihkan dan mengelap buah pisang. Shikin merupakan seorang peniaga goreng pisang dan stok pisang akan datang dalam guni.
“Bila dalam guni, pisang itu akan berwap dan basah. Kemudian, saya lap dan Shikin pula jadi terharu. Bermula dari insiden itu, sekarang kami dah berkahwin,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shikin yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong menyifatkan Cat sebagai seorang lelaki yang sangat istimewa dan menghargai usahanya sebagai peniaga.
“Saya sebak kerana segalanya dipermudahkan. Selama ini, saya meniaga dan selalu berhadapan dengan fasa susah payah itu seorang diri. Nak berjumpa dengan orang yang menerima kita seadanya itu agak susah.
“Biasanya, bila kita berkawan dan mereka lihat kita susah payah berniaga, mereka akan biarkan sahaja kita susah sorang-sorang. Tapi Cat ni lain. Dia nak bersusah payah bersama dengan saya.
“Jadi, bila saya nampak dia hargai pisang itu, ia menunjukkan dia tahu nilai dan harga sebuah susah payah itu. Kalau staf lain, mungkin mereka longgokkan sahaja,” ujar Shikin.
Pada masa sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli akui dirinya tidak pernah berasa gementar seperti mana yang dirasainya malam tadi.
“Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya jemput semua ada. Saya juga terharu dengan kejutan daripada Ruffedge. Cuaca juga mengizinkan.
“Saya tak pernah rasa nervous seperti ini sebelum ini. Bila saya nampak Shikin dan anak-anak, saya juga ikut mengalir air mata. Saya cuba tahan tapi tak berdaya,” kongsinya lagi.
Memilih Mekah sebagai destinasi berbulan madu, Shikin mahu memanjatkan rasa syukur kerana segala doanya sewaktu menunaikan umrah sebelum ini telah dimakbulkan.
“Antara doa saya di hadapan Kaabah adalah untuk dipertemukan dengan jodoh yang menyayangi saya dan anak-anak.
“Saya juga mahu lelaki yang boleh membimbing dan saya ada meminta supaya dipertemukan dengan lelaki yang berpengaruh besar. Tak sangka orang itu adalah Cat.
“Anak-anak saya sukar untuk menerima kehadiran lelaki sebagai bapa. Mereka halang saya untuk punyai teman lelaki. Namun, bila Cat hadir dalam hidup kami, anak-anak pula jadi terlebih suka. Jadi, saya tahu he’s the one,” akhirinya.
Terdahulu, Cat telah selamat bergelar suami kepada Shikin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Sabtu di Bukit Jelutong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: CST Production
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...