Penganjur Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) menyifatkan gandingan hos tahun ini iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai gandingan serasi yang bakal memeriahkan acara anugerah tahunan itu.
Malah hos tiga yang bakal diperkenal tidak lama juga dilihat sebagai antara elemen kejutan pada AME kali ini.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Nabilyang sinonim dengan jenama MeleTOP pasti mampu memberikan kelainan saban tahun bersama hos gandingan.
“Kita tahu Nabil bersama AME sejak dahulu hinggalah sekarang malah Nabil dikira membawa MeleTOP pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Jadi sebab itulah dia masih dikekalkan.
“Malah kita juga tahu gabungan Nabil dan Jihan juga memang serasi. Tahun lalu mereka lakukan yang terbaik dan tahun sebelumnya kita juga mengekalkan Jihan.
“Gembira melihatnya sekali lagi di AME2021. Cuma kita tunggu sahaja nanti kejutan hos ketiga,” katanya.
Sementara itu, Raqim berharap tidak ada calon awal Top 20 AME2021 yang menarik diri, sebaliknya sama-sama turut serta dengan memberikan sokongan padu.
Ads
“Kita mengharapkan calon yang disenaraikan dapat turut serta memandangkan kita tahu industri hiburan agak senyap untuk beberapa lama kerasa situasi semasa.
“Saya rasa ia penting untuk kita sama-sama mengembali, semarakkan semula industri seni. Sudah tentu kita tidak boleh paksa sesiapa untuk meneruskan saingan. Akan tetapi besar harapan kami moga semua selebriti yang menyertai dapat turut serta.
“AME juga memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada semua warga kerja kreatif, terutamanya peserta pada tahun ini,” katanya.
Ads
Mengenai sejauh mana persediaan atau kebarangkalian sekiranya AME2021 dianjurkan tanpa penonton, pihaknya akur dengan ketetapan namun mengharapkan situasi pandemik di negara ini terkawal.
“Sudah tentu kita mengharapkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada ketika ini kekal, yang mana kita dibenarkan untuk melakukan acara yang ada penonton mengikut kapasiti dewan.
“Bagaimanapun, perlu akur sekiranya pada ketika itu kita tidak dibenarkan untuk mempunyai penonton.
Ads
“Tidak mustahil untuk kita terbitkannya tanpa penonton memandangkan sebelum ini ada beberapa program hiburan yang dibuat tanpa penonton.
“Cuma saya rasa dengan adanya SOP yang ketat bersama kadar vaksinasi yang semakin tinggi dalam negara kita harap ia dapat diteruskan bersama penonton,” katanya.
Format penganjuran asal AME menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan.
Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.
Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.
Undian fasa pertama untuk memilih calon Top 5 akan dibuka bermula 5 Oktober 2021, jam 6 petang hingga 19 November ini jam 6 perang menerusi laman rasmi www.anugerahera.com.my dan aplikasi SYOK.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aneesah mengalami kecederaan kecil ketika sedang bermain, pada Rabu.
Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah, akibatnya, Ayra mengalami luka dan dagunya terbelah dan akan menjalani pembedahan pagi tadi.
Ummi mengharapkan ramai mendoakan urusan anak perempuannya agar dipermudahkan.
“Semalam main lasak sangat sampai jatuh, dagu terbelah. So kena jahit this morning. Tolong doakan Ayra Aneesah pls. May Allah make it a successful surgery. Ameen. @ayra.aneesah @izzar,” tulisnya.
Sebaliknya, Coco senang dengan lelaki yang tahu menghargai wanita.
“Saya tak adalah cakap suka lelaki gentleman yang sampai kena buka pintu kereta atau setiap kali jumpa kena bagi bunga atau tarik kerusi… yea you can do it if you want.
“Tapi the thing is, lelaki gentleman ni… i suka yang jenis hormat perempuan macam tahu batas di antara dia dan teman wanitanya, tahu bagaimana menghargai mereka.
“I tak tahulah… still tak jumpa lagi lelaki yang macam tu. I dah jumpalah, cuma yeaa…,” katanya.
Pengakuan tersebut dikongsikan Coco di Insta Stories, pada Sabtu.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan mengenai hubungannya dengan penyanyi rap dan aktivis, Caprice.
“Lastly, saya tak bercinta dengan Caprice and stop asking about him to me. Tanya macam…adakah bertemu Caprice, hey Caprice sakit eh… itu dan ini.
“Please tak nak, tak mahu,” jelasnya.
Sebelum ini, Coco mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas suami Azrin Anas Abdul Shukor dan kini sudah tamat tempoh edah.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Selepas kecoh mengenai kisah cerainya, namanya sekali lagi disebut-sebut selepas bertemu Caprice baru-baru ini.
Kisah perhubungan membabitkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli nyata mendapat perhatian ramai sehingga menjadi perbualan hangat di ruangan maya.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman difahamkan telah hadir di kediaman Iqbal secara mengejut, beberapa hari yang lalu hingga mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan peminat.
Lalu, Iqbal tampil meluahkan rasa susulan kunjungan penyanyi yang sinonim dengan lagu I Am Me itu di rumahnya, seawal jam 3 pagi itu baru-baru ini.
Setelah menerima pelbagai tohmahan dan kritikan daripada orang ramai mengenai tindakannya itu, Vida antar lain turut membuat penjelasan mengenai perkara terbabit menerusi satu video yang dikongsi di Instagram.
“Assalamualaikum, saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita, besar-besarkan cerita. Saya bukan tak boleh ‘move on’ tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar walaupun awak telah memanipulasi macam-macam kunjungan saya ke rumah awak.
“Saya nak pergi rumah awak ni, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya dan saya simpan sebab saya tahu niat saya betul kerana Allah Taala,” katanya.
Dalam pada itu, usahawan berusia 45 tahun ini mendakwa Iqbal memanipulasikan cerita di balik pertemuan tersebut.
“Tapi kenapa cerita yang benar tu awak palsukan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awk pergi jaja benda yang memalukan dan menjatuhkan maruah saya?
“Awak dah dapatkan apa yang awak nak kan, dah popular dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Saya pergi tu pun tak nak rakam-rakam tapi awak manipulasi cerita. Saya nak rakam sebab kalau tak rakam akan berlaku pergaduhan besar dan saya nak tengok rumah awak. Ya Allah tuhanku, sedih saya…
“Kalau netizen nak kata macam-macam saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentam, mengutuk saya secara logik akal saya tak boleh terima,” luahnya.
Sehingga kini, penjelasan panjang lebar dari Vida sudah pun ditonton lebih 170,000 tontonan.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...