“My Wife Birthday!,”- Zaquan Adha Buat Kejutan Hari Jadi Buat Ayu Raudhah, Sambut Ulang Tahun Ke-35

Share
Meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta, pemain bola kebangsaan, Zaquan Adha telah membuat kejutan buat Ayu Raudhah.
Tampil dengan gaya kasual, Ayu mengenakan kemeja putih dan turban hitam dikejutkan dengan majlis hari jadinya yang dihadiri rakan terdekat.
Malah, matanya ditutup dengan kain ketika dalam perjalanan ke majlis tersebut.

 

“My wife birthday,” tulis Zaquan ringkas sambil berkongsi video di IGTV. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata telah menitip ucapan buat adik kepada Rozita Che Wan itu. 

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha  dan Muhammad Aisy Al-KhaliQ.

Video : Instagram Zaquan Adha

IKLAN