“My wife. Alhamdulilah,” – Tiada Angin Tiada Ribut, Afiq Muiz Sudah Pun Bernikah Dengan Pelakon Baru, Pachara Apin Semalam!

Share

Pelakon, Afiq Muiz dilaporkan sudah sah bergelar suami kepada pelakon baru, Pachara Apin. Pernikahan mereka dilangsungkan secara sederhana semalam.

Malah, aktor berkenaan turut memuat naik beberapa foto sekitar pernikahannya itu sebentar tadi di Instagram.

“My wife. Alhamdulilah,” tulisnya ringkas menerusi entri foto Pachara yang dikongsikan Afiq.

Sementara itu, menerusi Insta Stories Pachara pula, bintang berkenaan turut memuat naik beberapa foto sama yang direpost kembali.

Sementara itu, Syafie bakal pula bakal mengikat tali pertunangan dengan adik kepada Afiq yang juga seorang pelakon, Aishah Azmanpada minggu depan. Tahniah buat mereka!

Foto: Instagram Afiq Muiz, Pachara Amin

IKLAN