Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi khabar sedih selepas memaklumkan saluran Youtube miliknya, Nabila Razali Entertainment telah hilang akibat digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malah, muzik video lagu Peluang Kedua hasil kolaborasinya bersama rapper, MK yang telah pun memiliki berpuluh juta tontonan turut telah hilang daripada platform berkenaan.
“Ya Allah Youtube Channel Nabila Razali Entertainment kena hacked. Peluang Kedua Nabila Razali Feat MK gone,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, insiden berkenaan sememangnya membuatkan hatinya terpukul lebih-lebih lagi bila mengenangkan mengenai usaha yang telah dilakukannya selama ini.
Ads
Bagaimanapun, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini memaklumkan, dia bersama seluruh ahli pasukan sedang berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan kembali akaun tersebut.
“My heart is broken. My team tengah discuss with YouTube to slove this problem.
“Hopefully Bella dapat balik channel tu. Korang doakan please,” kongsinya lagi.
Ads
Memetik laporan Mstar, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib mendedahkan pihaknya hanya menyedari mengenai kehilangan akaun yang memiliki jumlah pengikut seramai 400,000 itu selepas dimaklumlan oleh seorang peminat menerusi laman Twitter.
“Pagi ini pengguna Twitter memberitahu mengenai akaun Youtube Nabila Razali hilang. Mereka tanya kena godam ke sebab dah tak ada.
“Saya semak email dan mendapati ada video yang dimuat naik tanpa pengetahuan kami telah diturunkan oleh pihak Youtube kerana terdapat pelanggaran terma dan polisi laman tersebut.
“Emel kedua pula memberitahu, saluran Youtube tersebut telah ditutup. Kita pun tak tahu punca sebenar. Sekarang ni team kami sedang usaha mendapatkan semula akaun itu,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Dalam pada itu, Asrul turut menzahirkan rasa kebimbangannya sekiranya akaun tersebut tidak dapat diselamatkan dan terpaksa ditutup buat selama-lamanya.
“Akaun tu kita buat April 2020 semasa lancarkan lagu Peluang Kedua yang sehingga kini menerima lebih 32 juta tontonan.
“Sayangnya sebab takkan lagu baru akan datang kita nak kena buat channel baru. Nak mulakan semula bukang senang. InsyaAllah kita akan usahakan untuk dapatkan semula,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Asrul memaklumkan Nabila dijangka bakal menerbitkan single terbarunya tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Nabila Razali & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen dan pengusaha restoren, Shanell Harun baru-baru ini mendedahkan sikap pelakon, Uqasha Senrose yang tidak mengambil kesempatan dalam persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Menurut Shanell, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berminat untuk menempah beberapa set hidangan daripada perniagaan yang diusahakan, namun cuba menolak sekiranya menu berkenaan dihantar secara percuma.
Shanell memuat naik tangkap layar perbualan di antara mereka menerusi Instagram baru-baru ini.
Satu posting di Instagram penyanyi, Datin Alyah mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.
Membuat luahan yang seolah-olah kecewa, penyanyi lagu Meluruh ini berkongsi kapsyen berkaitan rezeki dan bakat yang telah dianugerahkan.
“Kau boleh tutup semua peluang yg aku ada. Tapi kau tak akan mampu ambik bakat yg aku punya.
“Kerna ianya dtg dari maha pencipta. Yang sudah lama kau mengambil tugasnya iaitu Menghukum,” luah penyanyi ini.
Meski tidak memberikan perincian terhadap perkara tersebut dengan spesifik, namun para peminat turut memberikan pandangan sendiri terhadap perkongsian isteri Datuk Ramli MS itu.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sangka, isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel sebenarnya merupakan bekas pramugari Lion Airlines satu ketika dahulu.
Malah, Adelia yang meniti usia 34 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah dahulu.
Bekas Pramugari Keturunan Sunda, Belanda & Cina!
Ketika itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Bagimanapun, kini selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Adelia Nekad Henti Kerjaya Di ‘Awan Biru’ Fokus Keluarga
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 34 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.