Pelakon dan penyanyi, Aman Nassim kini muncul dengan lagu Cinta Terakhir hasil ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Indonesia, Bemby Noor dan dirinya sendiri yang mana lagu itu adalah terbitan dan edaran syarikat rakaman COF Music.
Menariknya, lagu itu turut dipilih menjadi antara lagu tema bagi drama Kisah Cinta Rumi yang bakal ditayangkan di Slot Lestary, TV3.
Apa yang lebih membuatkan Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nassim, 32, teruja adalah dia dapat bekerjasama dengan komposer yang menghasilkan lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan.
“Lagu ini sudah siap dirakam pada penghujung 2019 dan perancangannya mahu dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Tapi, disebab penularan Covid-19 memang tidak boleh ke sana. Jadi, buat permulaan lagu ini akan menghiasi drama sebagai lagu tema.
“Dalam masa sama, pihak syarikat masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman Rans Entertainment milik selebriti Raffi Ahmad untuk mengedarkan lagu ini di sana.
“Selain itu, pembikinan video muzik (MV) lagu ini juga membabitkan produksi dua negara, Malaysia dan Indonesia.
“Semua pelakon terbabit adalah dari sana dengan gabungan dua produksi. MV ini sepatutnya dibuat sebelum Ramadan, tapi tak berjaya sebab pelakon utama iaitu Dimas Ahmad disahkan positif Covid-19, jadi tergendala.
“Insya Allah, selepas dia sembuh barulah penggambaran MV diteruskan semula,” katanya.
Ads
Berkongsi mengenai pemilihan Bemby Noor, Aman berkata dia mahukan single kali ini ada ciri dan bunyi lagu Indonesia.
Malah, Aman merancang lagu Cinta Terkahir itu menjadi langkah awal untuknya memasuki pasaran muzik di sana.
“Kenapa Bemby sebab saya memang nak masuk pasaran muzik Indonesia. Jadi, sebab itu saya nak lagu ini ada sentuhan lagu Indonesia. Sebab peminat di sana lebih memilih lagu mereka.
“Lagu ini juga dirakamkan di sana dan menjadi kolaborasi pertama saya dengan Bemby. Macam dikatakan tadi, saya memang perlukan sentuhan komposer Indonesia, sebab asalnya nak pasarkan lagu ini di sana.
“Walaupun sekarang masih tidak dapat ke sana, tapi masih boleh pasarkan lagu ini di sana menerusi kerjasama syarikat rakaman. Pendek kata, lagu ini adalah langkah awal untuk saya masuk pasaran muzik sana,” katanya.
Ads
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Cinta Terakhir mengisahkan cinta terkahir antara pasangan kekasih yang berjanji sehidup semati.
“Lirik lagu ini pun memparkan percintaan individu dari dua negara. Ia adalah inspirasi daripada pengalaman rakan saya. Pasangan itu berjumpa kali pertama dan terus jatuh cinta.
“Itu pun selepas mereka baharu putus cinta dengan pasangan masing-masing. Jadi mereka nak ‘move on’ dengan kisah lama dengan buka cinta kisah baharu sehingga tahap nak berkahwin. Kiranya, lagu ini adalah ‘happy ending’.
“Lagu ini bergenre pop balada dan memang bunyi lagu Indonesia. Bunyi lagu ini pun macam lagu Afgan. Apabila dapat bekerjasama dengan komposer dari negara luar, saya dapat belajar sesuatu yang baharu.
Ads
Berdasarkan kajian saya, muzik dangdut masih nombor satu dan kedua adalah pop balada,” katanya.
Menurut Aman, dia bertuah apabila lagu itu dipilih menjadi lagu tema drama sekali gus dapat mempromosikan lagu itu sebelum ia dibawa masuk ke pasaran muzik Indonesia.
“Apabila lagu ini menjadi lagu tema drama, ia adalah langkah awal untuk promosikan lagu ini dulu. Mungkin selepas MV keluar akan promosi lagu ini di sana walaupun secara dalam talian.
“Harapnya tahun ini berjaya seterusnya saya dapat keluarkan lebih banyak single untuk kerjasama dengan Indonesia atau negara lain.
“Insya Allah, jika lagu ini berjaya di sana dan saya sudah bersedia untuk ulang alik. Sebab ini yang memang saya rancang pun. Cumanya, tak boleh ke mana-mana lagi. Itu yang agak susah sikit,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memprosikan aktiviti perjudian bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Video berdurasi hampir dua minit itu nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam di negara ini yang menyifatkan video berkenaan sebagai biadap dan tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Dalam pada itu, pelakon, Ashraf Muslim turut meluahkan rasa kesal sebaik sahaja menonton video tersebut.
Jelas Ashraf, manusia ketika ini dilihat seperti tidak mempunyai rasa takut untuk mengajak manusia lain membuat kemungkaran secara terang-terangan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Kurang Ajar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa.
“Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ni telah merosakkan bulan yang suci ini.
“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa! JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni!,” tulisnya.
Rasa kesal itu dikongsikan oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Malah, Ashraf turut menyifatkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pembikinan video ini sebagai tidak berfikir panjang dan sengaja ingin merosakkan akidah umat Islam
“Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani pulak nak promosi macam ni. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah swt.
“Aku post video ni bukan untuk korang main judi atau nak promote bisnes diorang tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan Islam secara halus.
“Dan media sosial adalah tempat yg mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH! Berani kerana benar,” katanya lagi.
Lantaran itu, Ashraf turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kesemua individu yang terlibat didalam pembikinan video ini supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.
“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang Islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,” akhirinya.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat.
Kerap dilihat berkongsi gambar sambil mengenakan tudung, para peminat mulai memberikan reaksi terhadap penampilan pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar ini.
Ketika diminta memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, Nina memilih untuk tidak mengulas lanjut.
“Saya tidak berani nak komen apa-apa pasal itu. Saya cuma harap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik untuk diri saya,” katanya kepada MH.
Difahamkan pelakon berusia 29 tahun ini masih lagi berada di Brunei dan merancang untuk kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
“InsyaAllah saya akan balik Malaysia selepas hari raya nanti dan saya akan mula kembali ke dunia lakonan selepas ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras.
Selepas itu, Nina selamat melahirkan anak pertamanya pada 23 Disember dah diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa bangga dengan kejayaan adiknya, Elisya Sandha yang baru sahaja memiliki kereta baru jenama antarabangsa, Volkswagen.
Di samping itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini ada menitipkan kata nasihat kepada Elisya untuk terus menjadi seorang pelakon yang berdisiplin.
“Teman baby sister for her new car. Congratulations proud of you. Teruskan berjuang dan jagalah disiplin. Pasti sukses sampai bila2 @elisyasandhaofficial #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal menitipkan ucapan terima kasih kepada Fasha yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya untuk hidup berdikari.
“Alhamdulillah, you taught me how to be independent. Thank you,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elisya, 21 telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sekitar tahun 2014.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...