Mesti korang masih ingat dengan artikel kami sebelum ini berkenaan dengan muzik video Drop, rapper Malaysia. Joe Flizzow yang dikecam hebat gara-gara menampilkan wanita berbikini.

Ramai netizen pertikaikan kata sebagai seorang Islam, kenapa Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 39 menampilkan imej sebegitu di dalam MVnya.

Bagaimanapun, MV yang dimuat naik pada November tahun lalu sudah mendapat tontonan sebanyak 1.3 juta view. Kata Joe, dia tidak mengambil kisah semua kritikan netizen tersebut serta berkeputusan untuk tidak membaca komen yang ditinggalkan mereka.

“Saya tahu ada yang kritik penampilan gadis tersebut tapi saya lebih senang untuk tidak membaca komen tersebut.

“Rata-rata yang memuji adalah peminat genre muzik ini dan yang memberi kecaman adalah mereka yang bukan penggemarnya,” katanya.

MH dah tonton MV tersebut, memang lain ‘feel’ bila menontonnya seolah-olah macam tengok MV luar negara.

IKLAN

Selain itu, MH sempat juga baca-baca komen yang ditinggalkan netizen, betul kata Joe…ada yang mengkritik hebat tetapi ada juga yang memuji.

Muzik Video Drop Dikecam, Tapi Masih Dapat 1.3 Juta Jumlah Tontonan, Ini Komen Joe Flizzow Muzik Video Drop Dikecam, Tapi Masih Dapat 1.3 Juta Jumlah Tontonan, Ini Komen Joe Flizzow

Muzik Video Drop Dikecam, Tapi Masih Dapat 1.3 Juta Jumlah Tontonan, Ini Komen Joe Flizzow Muzik Video Drop Dikecam, Tapi Masih Dapat 1.3 Juta Jumlah Tontonan, Ini Komen Joe Flizzow

IKLAN

Dalam pada itu, Joe juga tidak menafikan salah satu sebab view MV tersebut naik adalah kerana kehadiran wanita berbikini tersebut.

Muzik Video Drop Dikecam, Tapi Masih Dapat 1.3 Juta Jumlah Tontonan, Ini Komen Joe Flizzow

IKLAN

“Saya akui ada yang tak minat genre muzik rap atau hip hop seperti ini turut menonton MV lagu tersebut kerana mahu tahu tentang gadis Brazil itu.

“Saya tak nafikan mereka ini turut menyumbang kepada jumlah tontonan di laman tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Bagi MH, kadang-kadang memang selebriti akan gunakan ‘sesuatu’ untuk menarik minat orang untuk tonton MV mereka, ‘for bussines purposes’ katanya. Macam kes ‘cumi-cumi’ dulu jugak kan?

Inilah orang kata senjata atau gimik sesetengah selebriti.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI