“Muntah 4 Kali, Tak Boleh Makan Langsung Hari Ini,” – Masuk Wad, Rosma Maklum Anak Alami Cirit Birit Teruk

Share

Penyanyi Rosma memaklumkan dua anak perempuannya, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania mengalami masalah cirit-birit yang teruk sejak beberapa hari lalu.

Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik berkongsi khabar duka itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut isteri kepada penyanyi Khai ini lagi, anak perempuan bongsunya itu bagaimanapun kini kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Manakala Nur Amani pula masih alami situasi sama sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

“Haritu adik sakit perut cirit birit tapi alhamdulillah, adik dah baik. Tiba-tiba hati ni kakak mia @nuramani_damia lak kena cirit birit 9 kali.

“Dan muntah-muntah 4 kali tak boleh makan langsung hari ni. Terus bawa pergi emergency & admitted. Doakan kakak mia cepat sembuh. #KhaiRosma,” tulisnya.

Imbas kembali, Rosma, 36 mendirikan rumah tangga bersama Khai atau nama sebenarnya, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi, 42 sekitar tahun 2008.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 12, Nur Amani Damia, 7 dan Nur Alya Dhania, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Khai Rosma

IKLAN