Belum pun reda kisah melibatkan suaminya, Datuk Farid Kamil, nama isteirnya, Datin Diana Danielle kini  hangat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila imejnya yang berambut pendek ala boy-cut mulai viral sekali gus menjadi perhatian ramai. Malah, Diana turut merakam imej barunya itu menerusi Instagram dan Insta Story.

Lalu, netizen membuat pelbagai telahan sendiri apabila aktres cantik itu kini menggayakan rambut pendek. Ada yang menyukai penampilan segar Diana dan tidak kurang yang memberi pandangan bahawa bintang cantik itu lebih ayu apabila berambut panjang.

Mungkinkah Ini Sebabnya Diana Danielle Berambut Pendek?

IKLAN

Namun MH difahamkan Diana memotong rambut panjang cecah bahunya itu kerana mempunyai komitmen terhadap projek filem yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi. Khabarnya, filem tersebut merupakan remake kepada sebuah filem kegemaran gadis remaja lebih sedekad lalu.

Bintang filem Hanyut itu kini sedang mengikuti perlumbaan Toyota Gozatoo Racing di Medini, Johor Bharu bersama beberapa rakan selebriti lain.

IKLAN

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada khabar yang diterima itu sahih atau sebaliknya dan MH akan cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada Diana sendiri atau penerbit filem berkenaan. Nantikan update daripada kami okay!

IKLAN

Foto: Instagram Diana Danielle

https://www.youtube.com/watch?v=aHL4QEEfQBk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI