“Mungkin Senyum Boleh Bertukar Masam Kalau…,” – Happy Dapat Rentas Negeri? Haiza Minta Jangan Sampai Lupa Diri Pula

Share

Umum sedia maklum, pihak kerajaan kinj kembali memberi kebenaran kepada orang ramai yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Lalu, penyanyi dan penyampai radio Haiza yang turut sama teruja menitipkan pesanan buat semua agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Dag Dig Dug ini beri pesan demikian sebagai langkah mengekang penularan Covid-19 dengan menyarankan untuk sentiasa melakukan kawalan kendiri.

“Tersengeh lebor bila dapat rentas negeri. Hanya nak ingatkan jangan lupa diri, disiplin diri penting.

“Mungkin senyum boleh bertukar masam kalau tak jaga S.O.P. Kita boleh guys. KAWALAN KENDIRI BAGI EXTRAAAAAAA ok.

“Esok share tau dengan Haiza, keterujaan anda nak rentas negeri. Thank you PM @ismailsabri60,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Haiza

IKLAN