Umum sedia maklum, pihak kerajaan kinj kembali memberi kebenaran kepada orang ramai yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.
Lalu, penyanyi dan penyampai radio Haiza yang turut sama teruja menitipkan pesanan buat semua agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Dag Dig Dug ini beri pesan demikian sebagai langkah mengekang penularan Covid-19 dengan menyarankan untuk sentiasa melakukan kawalan kendiri.
Ads
“Tersengeh lebor bila dapat rentas negeri. Hanya nak ingatkan jangan lupa diri, disiplin diri penting.
Ads
“Mungkin senyum boleh bertukar masam kalau tak jaga S.O.P. Kita boleh guys. KAWALAN KENDIRI BAGI EXTRAAAAAAA ok.
Ads
“Esok share tau dengan Haiza, keterujaan anda nak rentas negeri. Thank you PM @ismailsabri60,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Pelakon, Nadhir Nassar mengakui perasaannya agak bercampur baur saat diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas selaku pengacara bagi program, Hero Remaja 2021 bersama gandingannya, Shaza Bae.
Bagaimanapun, sebagai pendatang baru, Nadhir merasakan dia harus keluar daripada zon selesa dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Sejujurnya saya memang merasakan diri saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang hos. Bagi saya, hos ini merupakan seorang yang membawa ‘positive vibes’ untuk penonton masuk ke dalam rancangan tersebut.
“Saya mungkin belum sampai ke tahap untuk mempengaruhi penonton sebagai Nadhir Nasar. Sebagai pelakon, kita selalu memainkan pelbagai watak. Jadi, ia sangat berbeza untuk bergelar pelakon dan pengacara.
“Kadang kala kita sendiri tak tahu kemampuan sebenar diri kita. Kita mungkin tak nampak tapi orang lain tahu. Sebagai manusia, kita tidak akan pernah puas dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru,” katanya kepada MH.
Pelakon drama, I-Tanggang ini berkata sedemikan ketika ditemui di majlis makan malam Hero Remaja 2021 X 007 yang berlangsung di The Chow Kit Ormon Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Juara Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan dia sebenarnya banyak membuat rujukan mengenai bidang pengacaraan melalui Youtube dan perkongsian pakar di podcast.
“Sejujurnya saya amat menghargai team Majalah Remaja yang telah membentuk saya sejak Hero Remaja 2020. Ada kalanya diri saya pun tak tahu yang saya sebenarnya mampu untuk membuat sesuatu tugasan itu.
“Feedback daripada director pun positif tapi saya sendiri merasakan saya kena belajar lagi terutamanya teknik penggunaan bahasa yang betul. Saya terima apa sahaja cabaran. Sebagai Hero Remaja, saya harus sentiasa bersedia.
“Untuk berlakon dan pengacara, saya banyak buat rujukan di Youtube. Saya tak pernah pergi kelas hosting dan berlakon. Saya juga banyak dengar podcast daripada hos dan pelakon. Dari situ saya dapat banyak input untuk diaplikasikan dalam kerjaya saya,” kongsinya lagi.
Langsung ditanya adakah dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan meskipun selepas tamat Hero Remaja 2021, ini reaksi yang berikan oleh bintang tersebut;
“Kalau ada rezeki mengacara lagi, saya tidak akan menolak. Bagaimanapun, saya akan lihat dahulu sasaran penontonnya macam mana.
“Kalau ia merupakan program besar seperti Gegar Vaganza mungkin saya belum bersedia lagi,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Astro kini sedang menayangkan 25 koleksi filem James Bond disaluran 407 sehingga 7 November ini.
Malah ia juga boleh ditonton menerusi platform penstriman Astro Go & PVR Box.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai segelintir pihak yang didakwa menetapkan jumlah bilangan tertentu pengikut di laman media sosial Instagram sebagai syarat untuk berlakon.
Sebagai seorang pelakon, Raja Ilya misalnya turut tampil memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.
Jelasnya, tindakan sedemikian tidak wajar bagi mengukur kredibiliti para pelakon melalui bilangan pengikut di laman media sosial.
Pelakon berusia 36 tahun ini pada masa sama turut membandingkan situasi layar perak tempatan dan antarabangsa yang nyata jauh berbeza.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, kebanyakan karya seni antarabangsa tidak menilai kebolehan seseorang pelakon itu berdasarkan jumlah pengikut di Instagram.
“Kenapa sampai jadi macam ini Industri Perfileman Malaysia kita ? Dah kenapa ???? Hello!! Even dorang Yang nak ikut Trend buat series @Netflix #squidgame pun majority pelakon Tak ada INSTAGRAM PUN WEIII……… baru buka account kot!!!
“Even Pelakon2 dalam Netflix Tak ada follower 1 million….I will still say the same thing kalau I ada 10 million followers (real /fake).
“Anak seni Tanah air kita Tak main social media, they Play on screen.. bagi real punya .. Bakat bukan main mainan, it’s ART !!!!!!! Embrace it don’t FAKE it !!
“Ilya setuju sangat dengan feedback @hj.zil Dan abang abang Otai industry kita .. Salute,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada menitipkan ucapan selamat maju jaya buat suaminya, Aidil Aziz yang membuat persembahan bersama-sama kumpulan Otai di Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada Jumaat.
Menerusi minggu kedua persembahan, MLM 2021 menampilkan kesemua bintang beraksi bersama artis jemputan masing-masing.
“HIDUP YB. Berangan nak jadi KJ. Jangan marah yo @khairykj. Tqsm pada yg menonton & support MAHARAJALAWAK MEGA 2021.
“GOOD LUCK & ALL THE BEST. KUMPULAN OTAI #respeksikit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 9 malam.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara sembilan musim berturut-turut sementara menampilkan empat orang juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta juri istimewa ‘Sang Bara’.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...