Pelakon, Syafiq Kyle memilih untuk tidak mengulas secara terperinci mengenai kontroversi video yang didakwa mempunyai wajah miripnya yang menjadi tular baru-baru ini.

Dedah bintang berusia 26 tahun ini,  dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana lebih gemar untuk memberi fokus terhadap kerjaya.

Akui pemilik nama lengkap Syafiq Shamim Abdul Razak ini lagi, sama ada benar atau tidak ia terpulang kepada masyarakat untuk menilai.

IKLAN

“Mungkin Pernah Mengenali Individu Yang Dimaksudkan,” – Syafiq Kyle Buat Sidang Media, Jawab Semua Persoalan!

“Objektif saya buat sidang media adalah untuk saya teruskan kehidupan dan pada masa yang sama menghormati bulan ramadan.

 

“Saya adalah individu bertanggungjawab sama ada untuk memanjangkan atau memendekkan perkara ini dan saya pilih untuk menghentikannya.

 

“Terpulang apa yang orang lain nak fikir tetapi ini jawapan saya. Saya menghargai dugaan ini yang mematangkan saya,” ujarnya yang secara profesional menemui rakan media menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara malam tadi.

Mengulas mengenai sama ada adakah dia mengetahui akan kewujudan video berkenaan, pelakon drama rantaian, Nur ini memberitahu, dia mulai menghidu hal tersebut sejak dua tahun lalu. Bagimanapun, tidak tahu akan kesahihannya.

IKLAN

Malah, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai dakwaan yang mengatakan ia turut dijual di pasaran gelap.

“Mungkin Pernah Mengenali Individu Yang Dimaksudkan,” – Syafiq Kyle Buat Sidang Media, Jawab Semua Persoalan!

IKLAN

“Saya dapat tahu tentang video ini sudah lama kerana pernah diberitahu orang tapi saya tak tahu video apa yang dimaksudkan itu,” akuinya jujur kepada MH.

Ditanya sama ada dia mengenai individu yang dikenali sebagai Mira menerusi video terbabit, Syafiq secara ringkas menjawab;

“Mungkin pernah mengenaii individu yang dimaksudkan,” katanya yang turut menyerahkan kepada pihak pengurusan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung status video yang paparan screenshot yang telah disunting pihak tidak bertangunggjawab sebelum ini. 

Turut hadir di dalam sidang media berkenaan ialah pihak pengurusan Syafiq Kyle.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI