Aduh kesian Lara gara-gara membantu promosikan sebuah iklan produk menjual buku, penjaga akaun Lara Alana terpaksa menanggung malu apabila menerima pelbagai aduan kononnya ditipu oleh jenama tersebut.

Melalui Insta Stories milik Lara, ada seorang pengguna meminta mereka untuk viralkan kisah ‘magik book’ kerana sudah sebulan masih tidak menerima barangan tempahan seperti yang dijanji.

‘Mungkin Mereka Tidak Bersedia, Beri Sedikit Masa’ Pengurus Instagram Lara Alana Jelaskan Isu Peminat Ditipu Penjual

Malah, mereka cuba untuk hubungi pengurus produk tersebut namun gagal untuk dihubungi.

Menurut pengguna tersebut, dia tertarik apabila melihat Lara Alana sebagai ‘umpan’ untuk menjual tetapi menganaiya pembeli seperti ini.

IKLAN

“Salam, boleh viralkan perkara ini, kami tunggu lebih sebulan tapi stok masih tak dapat. Kami geram sebab telefon dan Whatsapp tak jawab.

 

“Mereka menggunakan Lara Alana sebagai umpan. Jadi kami nak la beli tapi kami ditipu dan dianiaya,” tulis si pengadu kepada akaun Lara Alana.

Agak kesal dengan apa yang terjadi, individu yang menjaga akaun Lara segera menghubungi jenama tersebut dan memberitahu mereka telah mendapat pelbagai aduan.

‘Mungkin Mereka Tidak Bersedia, Beri Sedikit Masa’ Pengurus Instagram Lara Alana Jelaskan Isu Peminat Ditipu Penjual

“Salam, kami terima banyak aduan tentang akaun Instagram ini yang Lara tolong promosi sebab dia hadiahkan buku magic book hari itu,”tulisnya .

IKLAN

Bagaimanapun, jenama tersebut telah pun membalas pertanyaan akaun Lara dan menjelaskan pihak mereka tahu tentang perkara ini dan sudah menghubungi semua pelanggan mereka serta meminta maaf atas atas segala kesulitan yang terjadi.

‘Mungkin Mereka Tidak Bersedia, Beri Sedikit Masa’ Pengurus Instagram Lara Alana Jelaskan Isu Peminat Ditipu Penjual

Sementara itu, pengurus akaun Lara menjelaskan berikan sedikit masa kepada jenama tersebut mungkin kerana kekurangan stok dan tidak sangka mendapat sambutan seperti ini.

IKLAN

“Pihak Lara sudah bertanya pasal betul ke apa yang orang ramai mengadu? Dia memberitahu sudah menghubungi semua pelanggan.

 

“Mungkin mereka tidak bersedia dengan sambutan yang menggalakkan atau kuantiti yang tidak mencukupi.

 

“Beri mereka masa dan semoga semua yang sudah buat tempahan atau buat bayaran dapat buku mereka,” tulisnya.

Aduh kesian betul, tak pasal-pasal Lara dah terima pelbagai aduan. Tetapi kalau fikirkan mungkin logic juga, kadang-kadang bila jualan terlalu kencang stock pula habis nak tak nak, kena tunggu stock baru sampai kan? So mungkin itu yang terjadi kepada jenama ini.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI