“Mungkin Kurang Kasih Sayang, Kehidupan Dia Sedih Sangat,” – Kena Body Shaming, Almy Nadia Doakan Individu Ini Temui Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Share

Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan dirinya telah menerima ‘serangan’ komen berbaur hinaan mengenai rupa paras fizikalnya di platform Instagram.

Enggan melatah, Almy sebaliknya menitipkan doa buat individu berkenaan agar dia dipertemukan dengan ketenangan dan kebahagiaan jiwa.

Malah, dia juga turut menganggap individu berkenaan seperti kurang mendapat kasih sayang daripada orang di sekelilingnya.

“Posting ni maybe kejap sahaja. Lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat.

“Semoga pemilik akaun IG ni dapat reda dgn apa yang dia lalui. Maybe zaman makin moden ni IG ni kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat-sangat,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Almy turut memaklum dia sebenarnya langsung tidak terkesan dengan kata-kara hinaan yang dilontarkan oleh individu tersebut.

“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat. Minta semua doa yang baik-baik please
Saya tak kisah tau. Saya sangat-sangat okay ja,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji sifat tenang yang ditunjukkan oleh Almy.

“Alahai, kisah pula dia nasihatkan orang. Toksik, jauhkan. Kita bahagia begini.

“Yang penting you tetap lagi letop daripada dia.

“Body Shaming ini adalah jenayah siber buli. Report je pada polis dan MCMC.

“Janji Datin sihat dan bahagia.

“Ignore je. Mulut kita tekak kita badan kita. Kita nak makan. Suka kita la,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz

IKLAN