“Mungkin Juri Ni Kampung & Senja Kot,”- Peminat Haqiem Rusli Marah Lagu Selamat Tinggal Sayang Tak Terpilih, Mahu Boikot AJL 33 Biar Betul?

Share

Jumaat lalu, teka-teki mengenai mana lagu yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) akhirnya terjawab.

Bagaimanapun, ada peminat penyanyi, Haqiem Rusli tidak berapa setuju dengan keputusan juri yang tidak memilih lagu Selamat Tinggal Sayang sebaliknya hanya memilih lagu Jatuh Bangun untuk bertanding di pentas berprestij itu.

Rasa kecewa itu diluahkan oleh peminat penyanyi muda berkenaan di laman Twitter

Lagi berani apabila ada yang melebel pihak juri sebagai ‘senja’ kerana tidak tahu menilai lagu-lagu yang popular ketika ini

Walau bagaimanapun, Haqiem tetap bersyukur meskipun lagu Selamat Tinggal Sayang tidak dipilih ke peringkat akhir.

“Thank you JATUH BANGUN layak ke Anugerah Juara Lagu33. Untuk lagu Selamat Tinggal Sayang,tidak mengapa,janji kita dah cuba terbaik.
JUMPA DI ANUGERAH JUARA LAGU 33,” tulisnya.

Pada pendapat MH, pihak juri ada alasan tersendiri mengapa membuat pemilihan yang sedekian. Namun, para peminat Haqiem sepatutnya tidak bersedih kerana mereka masih boleh menyatakan sokongan kepada Haqiem menerusi lagu Jatuh Bangun bersama rapper, Aman Ra. Tak gitu?

Foto: Twitter Haqiem Rusli

IKLAN