Pelakon terkenal, Intan Najuwa akui terkejut saat menerima hadiah istimewa berupa seekor kuda daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 baru-baru ini.
Menurut Intan, dia menjangkakan suaminya itu akan memberikan hadiah biasa yang selalu diberikan para suami lain namun tekaannya meleset.
“Hadiah itu memang satu kejutan dan saya tak tahu langsung. Tiba-tiba sahaja, dia sudah belikan seekor kuda. Sebagai perempuan, saya ada bertanya juga apa hadiah yang akan dia berikan kepada saya.
“Saya memang tak jangka langsung. Kebiasaannya, para suami akan hadiahkan bunga atau coklat. Sekali, itu yang dia berikan kepada saya,” katanya kepada MH.
Intan sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.
Ads
Dalam pada itu, Intan memaklumkan niat suaminya menghadiahkan seekor kuda yang diberi nama Tralala itu adalah sebagai permulaan untuk gaya hidup sihat.
“Saya tahu tujuan dia belikan seekor kuda untuk saya. Saya ini seorang yang agak malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Saya pun jarang bersenam.
“Jadi, mungkin dia mahu saya melakukan sesuatu bila bangun pagi dan mahu saya mulakan kehidupan sihat setiap hari. Saya memang tak tahu berkuda dan mungkin dia nak saya belajar untuk keluarkan peluh.
“Apapun, saya sangat happy dengan hadiah tersebut. Rasanya ketika ini, kuda saya lagi popular daripada saya,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, pelakon drama Jesnita ni juga mendedahkan dirinya sudah bersedia dengan komitmen untuk menjaga kuda peliharaannya itu dengan baik.
“Saya tak nafikan. Bila kita memutuskan untuk memiliki haiwan peliharaan, kita kena jaga betul-betul kerana ia merupakan tanggungjawab.
“Mungkin ini persediaan yang harus saya belajar sebelum dikurniakan cahaya mata pula pada masa hadapan. Kita belajar jaga kuda dahulu. Tanggungjawabnya memang besar,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Intan kerap berkongsi mengenai kudanya menerusi beberapa hantaran di media sosial.
Sekadar informasi, Intan telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Datuk Ahmad Azraf Azman pada tanggal 18 Ogos lalu di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi.
Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti TV yang kini aktif berniaga, Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau lebih selesa disapa Kiah Propa ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Facebook miliknya yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi entri berkenaan, Kiah Propa telah membawa permata hatinya untuk berbuka bersama dengan bekas suami, yang dikenali sebagai Nazrie Mie pada sambutan Ramadan pertama.
“1 ramadan dgn anak2 dan my ex. Anak sesekali nak berkumpul. Apa salahnya…,” tulis Kiah ringkas sebagai kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pujian kepadanya yang kekal menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami meski tidak lagi bersama.
Foto: Facebook & Instagram Kiah Propa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper, Altimet menzahirkan rasa hiba diatas pemergian pembaca berita, Farit Ismeth Emir yang juga bapa kepada sahabat karibnya, Dj Fuzz.
Menurut Altimet, meski tidak berkesempatan untuk menziarah allahyarham ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tetap akan menitipkan doa dalam setiap solatnya.
My friend’s father passed away today. The amount of life I have gone through with him, Aku berani cakap dia brother aku. Sbb PKP ni Aku tak dapat pegi solat jenazah etc. Malam ni Aku doakan. Dia orang yang baik.
“The amount of life I have gone through with him, Aku berani cakap dia brother aku.
“Sebab PKP ni Aku tak dapat pegi solat jenazah etc. Malam ni Aku doakan. Dia orang yang baik,” tulisnya.
Tambah penyanyi lagu Mambang itu lagi, dia amat terkesan dengan pemergian Allahyarham Farit kerana banyak perkara yang telah dipelajarinya sepanjang mengenali ikon penyiaran tersebut.
Tiap kali aku jumpa arwah mesti ada benda aku belajar dari dia, walaupun pada masa tu dia mcm buat lawak je, berseloroh je. Dari Hal kerjaya sampai hal2 rumahtangga.
“Tiap kali aku jumpa arwah mesti ada benda aku belajar dari dia, walaupun pada masa tu dia mcm buat lawak je, berseloroh je.
“Dari Hal kerjaya sampai hal-hal rumahtangga,” tulisnya.
Sementara itu, Altimet turut menyifatkan Farit Ismet sebagai seorang lagenda yang tiada galang gantinya.
Dia pernah kata bila baca berita dia sengaja sebut nama negara dgn ‘style’ dia tersendiri, mcm Afghanistan. Dia tau ada org menyampah. Tp benda tu buat orang ingat dia, sbb lain dari yg lain. Pastu dia tanya anak dia dgn aku, Apa kelainan korang dari org lain dlm pekerjaan korang
“Dia pernah kata bila baca berita dia sengaja sebut nama negara dgn ‘style’ dia tersendiri, macam Afghanistan.
“Dia tau ada orang menyampah. Tapi benda tu buat orang ingat dia, sebab lain dari yang lain.
“Pastu dia tanya anak dia dgn aku, Apa kelainan korang dari orang lain dalam pekerjaan korang.
“Gaya. Mutu. Keunggulan. You’re a legend and an icon, Uncle.
“Terimalah kasih. AlFatihah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu mendengar perkongsian Altimet selain turut menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluara Farit Ismeth.
Allahyarham Farit atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assuntha, Petaling Jaya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Maestro muzik selaku juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan akan ada seorang atau lebih bintang GV8 yang bakal tersingkir, minggu depan.
Menurut Ramli, ini kerana sepanjang dua minggu konsert, masih tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.
“Perkara itu (tiada penyingkiran) perlu ditanya kepada pihak produksi, keputusan di tangan mereka. Jika tiada penyingkiran, maknanya tiadalah.
“Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu,” katanya.
Ditanya mengenai prestasi kesemua bintang minggu ini, Ramli menyifatkan persembahan mereka lebih baik berbanding minggu pengenalan.
“Much better. Kami para juri memang mahukan lebih lagi dan nampaknya mereka semakin selesa. Bukan selesa itu mereka sudah ‘relak’, tetapi selesa dalam segi keadaan persembahan di pentas GV,” katanya.
Selain Ramli, kesemua bintang GV8 diadili dua juri profesional lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Minggu ini, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan dan diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.
Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.
Minggu ini menyaksikan Aliff Aziz sekali lagi memperolehi markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Nico berada di kedudukan paling corot di kalangan semua bintang bertanding iaitu 52.90 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga tahun menyepi daripada industri seni tanah air, penyanyi Ziha Salleh kini kembali membuat kemunculan semula dengan melancarkan single terbaharu berjudul Romansa.