Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.
“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.
“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.
Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.
Ads
Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.
“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.
“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.
Ads
“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.
“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
Ads
“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.
Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM13 juta.
Baru tujuh hari tayangan di pawagam (sehingga 31 Ogos), Adi, 41, berkongsi perkembangan baik itu menerusi Instagram, pada Khamis.
“Allahuakbar, you guys memang Mantap! Terima kasih,” tulisnya menerusi ruangan komen disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang tersingkir pada saingan konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Roy menduduki carta markah paling bawah di kalangan para peserta yang bertanding iaitu dengan 53.20 peratus.
Sementara itu, Tomok memberikan kejutan apabila mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 80.00 peratus.
Semalam, Tomok menyampaikan lagu berjudul Janji Padamu yang dipopularkan oleh kumpulan Exist.
Kedudukan kedua disandang Hazrul Nizam dengan 79.80 peratus sementara Shila Amzah yang menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa berada di tempat ketiga iaitu dengan 78.90 peratus.
Ditampilkan senarai lengkap markah yang diperolehi kesemua peserta bertanding;
Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,00.
Manakala Jaclyn Victor pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang penapis udara bernilai RM3,350.
Minggu ini, 13 peserta GV9 diadili oleh juri tetap GV9 iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ilya Rose pada 20 0gos lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan Sasha menerusi salah satu entri di Instagram.
Menurut Sasha, bayi seberat 3.03 kilogram itu dilahirkan pada jam 11.30 pagi.
“Baby Ilya Rose dah selamat dilahirkan pada Jam 1130 pagi dengan berat 3.03kg. Terima kasih sayang azankan anak kita.
“Awak perlahan lahan belajar and saya tahu bukan benang but I appreciate your effort sayang. Terima kasih atas doa doa korang semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...