“Mummy Sedih Tapi…,” – Kucing Peliharaan Nana Mahazan Mati

Share

Bagi yang memiliki haiwan peliharaan sudah pasti berasa sedih apabila kehilangan haiwan kesayangan buat selama-lamanya.

Begitu juga halnya dengan hos, Nana Mahazan yang memaklumkan kucing peliharaannya yang diberi nama Pepper telah mati pada Jumaat.

Lalu, Nana meluahkan rasa sedih dan berkongsi bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

“Mummy sedih but i know you are now in a better place. We love you. Thank you for staying with us n for the love.

“You will be missed. #elchapopixiepepper,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meluahkan rasa simpati terhadap perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Hanya pencinta kucing yang faham kan bila kucing kesayangan dah tiada lagi…

Foto: Instagram Nana Mahazan

IKLAN