‘Mulut Masin’! Kerana ‘Mulut’ Azad Jazmin 10 Tahun Lalu, Angah Rupanya Dah 2 Tahun Bergelar DJ… Impian Jadi Kenyataan

Share

“Masin mulut kau”. Itu antara perbualan dialog antara pelakon Azad Jazmin dan pelawak Angah Raja Lawak kira-kira 10 tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Azad, dia ada memuat naik foto throwback bersama pelawak tersebut dan menceritakan mengenai perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang.

“Do You actually Love your BFF truly? Pic ni tak salah dah berumur lebih dari 10 tahun. Dialog Angah n Azad.

“Angah : kau rase lagi sepuluh kita dah jadi ape cha? (Sambil bertinggung ala ala berak berjemaah hehehe).

“Azad : aku rasa kan ngah hang Akan jadi Dj radio sinar Fm.

“Angah : ye ke Alhamdulillah masin mulut kau cha.. kau pulak jadi ape cha?

“Azad : aku akan jadi artis jemputan hg nanti utk hang intrerview ngah.. hehehe

“Alhamdulillah ngah dah pun terjadi.. lepas ni rasa rasa Saya dan angah_lawaking akan jadi apa pulak lepas ni? Ni uolls pulak jawab?

“Tips— sekiranya anda sayang kawan anda, bukti kan dgn duduk menggangkung bersama sama sambil sembang macam saya n Angah hehehehe,” kongsinya.

Foto tersebut dimuat naik Azad kira-kira 10 tahun lalu bersama Angah atau nama lengkapnya Iskandar Shah Hashim yang kini bertugas sebagai penyampai radio Sinar.fm

Malah, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Angah telah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio setesen berkenaan kira-kira dua tahun lalu.

Lebih teruja, Azad pernah menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.

Untuk makluman, Angah yang juga naib juara MasterChef Selebriti Malaysia (2012) memulakan karier sebagai penyampai radio stesen berkenaan pada tahun 2018 bersama Jep Sepahtu dan Rahim menerusi segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar.

Foto : Instagram Azad Jazmin, Angah Raja Lawak

IKLAN