Penyanyi Syasya Rizal mengakui tidak menyangka gurauannya terhadap suami agar jatuh sakit benar-benar berlaku.

Menurut Syasya, pada ketika itu dia sendiri sedang demam dan emosinya agak terganggu.

“Mulut Isteri Memang Masin…,” – Tak Sengaja Doa Suami Demam, Syasya Rizal Menyesal

“Beberapa hari lalu, saya alami demam. Ketika sakit dan emosi kurang stabil, saya tak sengaja buat perkara yang tidak sepatutnya. Ketika itu, saya terasa hati sikit dengan suami.

“Selepas itu, mulut pun terlepas. ‘Saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit ni’.

“Ketika itu, saya sangka ia hanyalah marah yang sekejap. Sengaja gurau kasar dan emosi ketika demam. Tak sangka doa itu betul-betul menjadi.

“Keesokkannya saya sudah sihat. Tiba-tiba suami pula yang tumbang. Ya Allah masa tu terus rasa berdosa sangat. Mulut isteri memang masin,” tulisnya di aplikasi Thread.

Tambahnya, insiden itu membuatkan dia sedar bahawa kata-kata seorang isteri boleh memberi kesan besar dalam rumah tangga.

Ads

“Mulut Isteri Memang Masin…,” – Tak Sengaja Doa Suami Demam, Syasya Rizal Menyesal

Pesan Syasya Buat Para Isteri

Syasya dalam perkongsian itu turut berseloroh mengenai perbezaan sikap antara lelaki dan wanita ketika sakit.

“Mulut Isteri Memang Masin…,” – Tak Sengaja Doa Suami Demam, Syasya Rizal Menyesal

“Tak sangka doa yang saja-saja boleh termakbul macam tu. Kalau anda perasaan, lelaki kalau demam, paling raja drama.

Ads

“Sakit sikit sahaja tapi suara perlahan, jalan macam zombie dan muka penuh penderitaan. Isteri kalau demam, masih boleh buat susu anak, urus rumah dan layan suami.

“Kalau suami demam, kena layan macam baby besar,” ujarnya lagi.

Justeru, bekas anggota kumpulan Dolla itu menyeru para isteri agar hanya menitipkan doa yang baik-baik untuk pasangan dan keluarga.

“Mulut Isteri Memang Masin…,” – Tak Sengaja Doa Suami Demam, Syasya Rizal Menyesal

Ads

“Pengajarannya, jangan doa yang tak baik untuk suami kita walaupun ketika marah atau sakit hati. Kerana doa isteri ini sangat memberi kesan dan ‘masin’.

“Kadang-kadang lebih cepat makbul daripada apa yang kita sangka. Gunakanlah kuasa doa isteri untuk perkara yang baik-baik.

“Doakan suami panjang umur, murah rezeki, rumah tangga tenang dan sama-sama masuk syurga.

“Doa isteri ini bukan sekadar kata-kata. Kadang-kadang itulah doa yang paling cepat Allah makbulkan,” kongsinya.

“Mulut Isteri Memang Masin…,” – Tak Sengaja Doa Suami Demam, Syasya Rizal Menyesal

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, pada 23 Disember 2023.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads