Mulianya Hati! Adi Putra Taja Perbelanjaan Johan As’ari Ke Jakarta; “Terima kasih Abang Kilau…”

Share

Pelakon Johan Ariff As’ari mendedahkan pelakon utama filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra telah bermurah hati menaja penuh keberadaannya di Indonesia bersempena dengan Mala Gala filem berkenaan baru-baru ini.

Memuat naik sepotong video keberangkatan mereka di sana, Johan berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.

”Jazakallahukhair @cbipictures indonesia, kang @yayanruhian dan @finasmalaysia menjemput saya dan terutamanya akhi @adpadiputra ke Gala Premier Filem Mat Kilau di Jakarta. Syukur,rezeki.

“Terima kasih abang Kilau kerana menaja segala perbelanjaan dari perjalanan, penginapan hingga lah kepada makan dan minum Yassin,” tulis Johan pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan syukur serta memuji sikap yang ditunjukkan Adi Putra.

IKLAN