Ads

Mulan Jameela Bangga Anak Diterima Masuk New York University Bagi Pengajian Peringkat Sarjana

Anak sulung kepada penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela, Tiara Savitri, mencipta kebanggaan tersendiri apabila berjaya diterima melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di New York University (NYU), Amerika Syarikat.

Perkhabaran menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh Mulan Jameela menerusi hantaran di media sosial miliknya apabila memuat naik surat tawaran rasmi daripada universiti berprestij berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, Mulan meluahkan rasa syukur serta bangga terhadap pencapaian anak sulungnya yang dianggap hasil daripada kerja keras, kesabaran dan keazaman tinggi dalam bidang akademik.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, dengan izin Allah… akhirnya anakku tersayang membuktikan bahawa kerja keras, kesabaran serta tawakal kepada Allah membuahkan hasil yang terbaik.

Ads

“Tahniah, sayang, kerana telah lulus ujian dan diterima melanjutkan pengajian di Universiti New York. Semoga terus istiqamah dalam iman dan sentiasa tekun menuntut ilmu,” kongsinya.

Ads

BACA JUGA: “Semoga Selalu Melimpah Kebaikan Daripada Allah,” – Jumpa Balik Selepas 6 Tahun, Mulan Jameela Teruja Lihat Perubahan Nur Fazura

Menurut sumber, Tiara Savitri diterima mengikuti pengajian Master of Science dalam bidang Pemasaran Bersepadu di NYU School of Professional Studies, salah satu fakulti profesional di bawah NYU yang terkenal dengan program bersifat industri dan global.

Ads

Mulan dalam kenyataannya turut menyifatkan kejayaan itu sebagai anugerah yang amat bermakna buat keluarganya, selain mendoakan agar perjalanan akademik Tiara di bumi New York dipermudahkan serta membawa kejayaan berpanjangan pada masa hadapan.

Untuk rekod, Tiara Savitri merupakan anak sulung Mulan Jameela hasil perkahwinan terdahulu sebelum penyanyi itu mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Dhani. Sejak kecil, Tiara jarang terdedah kepada dunia glamor dan lebih memilih laluan akademik sebagai fokus utama kehidupannya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon Anrez Adelio Berdepan Ancaman Hukuman Penjara Sehingga 12 Tahun

Pelakon Indonesia, Anrez Adelio, kini berdepan ancaman hukuman penjara sehingga 12 tahun selepas dilaporkan kepada pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dalam kes kekerasan seksual. Berdasarkan...
error: Hello. Cannot.