Mulai Berlakon, Ini Wajah Cantik Anak Sulung Adflin Shauki. Secantik Namanya Mia Sara!

Share

Meksi baru mencecah usia 21 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.

Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.

Pun begitu, bapanya mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.

“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, dia tidak boleh menolak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.

Terdahulu, pasangan anak beranak ini ditemui pada majlis pelancaran TV Disney Wizards of Warna Talk dan buat pertama kalinya, Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaruitu yang bakal bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini.

Sedikit insformasi, Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.

Foto: Instagram Mia Sara

IKLAN