Masih tidak habis dengan isu bercumbu pelakon, Ahya Rosli dengan isterinya juga merupakan usahawan, Shahirah Sanusi yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.
Pelakon dan model berkenaan ada memuat naik kenyataan menerusi Instagram berkaitan isu berkenaan.
Anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu berkongsi keratan artikel mengenai bercumbu sesama pasangan suami isteri yang sah.
“Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yg halal.
“Ia adalah angerah Allah utk hamba-hambaNya yg mempunyai naluri utk memiliki dan dimiliki.
“Justeru, menzahirkan rasa cinta kpd pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata2 adalah perkara biasa,” antara frasa yang dipetik lalu dikongsikan Ahyasambil disertakan foto bercumbu pasangan ini.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Ahya ada menyatakan setiap adegan dalam ibaratnya ‘dibolehkan’ apabila melakukan aksi sedemikian.
“Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu , tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.
“Dia kata islam tak ajar.. pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #ciumisteripunnakviral #bagaltakdekerja #netizenjugakbest dan #iloveyounetizen.
Selepas dikhabar sudah pun menjalani pembedahan bagi membuang silikon payudara awal semalam, usahawan selebriti Safiey Illias ada berkongsi kesan pembedahan.
Perkongsian yang dibuatnya menerusi Insta Stories itu turut disusuli dengan suasana di dapur bersama ahli keluarga lainnya.
Sementara itu, menerusi posting terkini penyanyi lagu Apa Salah Syinta ini lagi, dia turut memaklumkan ibunya tidak makan kerana risau akan pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan.
“Apit saya syg mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya ringkas beserta ribuan komen dari para pengikutnya.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan Linda Jasmine dan Ratu dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) terhenti apabila mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keenam, malam...