Saat negara sedang sibuk memberi perhatian kepada kepimpinan baru negara, penyanyi rap, Caprice bergaduh dengan seorang individu?

Dia memuat naik satu foto di laman IG miliknya mengenai perkara tersebut.

“Muka lawa tapi otak sempit,” tulisnya.

‘Muka Lawa Tapi Otak Sempit’ -Caprice Gaduh Dengan Siapa Pula Tu?

MH difahamkan bahawa individu tersebut memberikan ‘private message’ kepada rapper tersebut mempersoalkan sama ada dia menjalankan tanggungjawabnya kepada negara 9 Mei lalu.

IKLAN

“Boleh saya tahu sama ada anda mengundi kerana khabar angin mengatakan bahawa kamu tidak mengundi.

“Jadi, kalau kamu tidak jalankan tanggungjawab anda pada negara mungkin boleh shh kot,” tulisnya.

Perkara tersebut membuatkan Caprice memberi penjelasan kepada individu tersebut.

‘Muka Lawa Tapi Otak Sempit’ -Caprice Gaduh Dengan Siapa Pula Tu?

IKLAN

Tindakan Caprice itu membuatkan ada netizen yang mempersoalkan mengapa dia memuat naik perbualan yang sepatutnya ‘private’.

Berikutan itu, rapper tersebut telah memadam foto tersebut dari laman IG miliknya.

IKLAN

Pada MH, mungkin Caprice ini menjelaskan sekaligus kepada rakyat Malaysia ‘sumbangannya’ kepada negara namun tindakannya ‘backfired’.

Apa-apapun, MH harap Caprice dapat belajar daripada pengalaman. Bak kata orang, pengalaman mendewasakan kita.

Sumber: IG Caprice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI