Lakonan mantap, Sheila Rusly yang memegang watak Opah Aminah menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa mendapat perhatian meluas penonton.
Malah bagi menampakkan ia lebih realistik sebagai wanita tua, Sheila turut disolek mengunakan kesan khas untuk transformasi berkenaan.
Bagaimanapun, masih ada yang mempersoalkan mengenai perkara tersebut dan ibu kepada dua cahaya mata itu ada memberi respon terhadap komen yang diberikan netizen.
Ads
“Thank you pada yg perihatin Terasa korang sayang Opah Aminah sampai tangan pun korang belek Kita jumpa sebelum buka ye.. #bukangadisbiasa #opahaminah #jspictures #tv3malaysia
#sentiasabersyukur #alhamdulillah@fawwazfazir12 @nissakhanmakeup,” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ads
Pada masa sama, pelakon berusia 48 tahun ini memaklumkan seluruh komen yang diberikan netizen akan diambil sebagai salah satu kritikan membina buat dirinya sebagai seorang pelakon.
Ads
Sekadar informasi, drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper, Altimet ada berkongsi situasi terkini melibat sesetengah rakyat Malaysia mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa keempat.
Menurut Altimet, dia mendakwa sudah kelihatan individu yang membawa ahli keluarga ke pasar raya selain turut tidak mengamalkan penjarakkan sosial.
Dah mula dah, pegi supermarket satu famili. Dah mula dah, tak pakai mask. Dah mula dah, beratur dekat dekat. Allah Selamatkan Kamu Semua.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bunga itu turut sempat mendoakan semua kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau mengenangkan situasi tersebut selain turut berharap agar rakyat Malaysia sama-sama peka dalam memerangi wabak COVID-19 bila memasuki fasa baru ini.
Sumber: Twitter Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah tragis tiga beradik yang meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 5 Syawal lalu nyata menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Jenazah ketiga-tiga beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Berita tersebut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, termasuk PU Azman yang turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telah pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, perkongsian tersebut dizahirkan penceramah bebas itu menerusi Instagram.
“Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.
“Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
“Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.
“Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
“Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
“Semoga mereka mendapat syahid.
“Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah” (Bukhari Muslim),” tulisnya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan. Al-Fatihah…
Foto: Instagram PU Azman, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, Idzham dan Bella yang juga merupakan pramugari diijabkabul pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Sofea Inara, 3 tahun.
Foto : Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!