“Muka Bertepung, Hidung Senget, Kening Besar Sebelah…,”- Anzalna Nasir ‘Membebel’ Fasal Apa?

Share

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan bahawa dia tidak tahu mengenakan solekan pada wajahnya sendiri.

Perkara itu dimaklumkan pelakon filem Sepah The Movie menerusi akaun Instagrammya.

“Sampai sekarang i tak reti makeup muka sendiri! sentiasa guna makeup artis. Kalau makeup sendiri mesti muka mepong (bertepung) shading hidung senget, kening sebelah besar sebelah kecik!…

“Lepas ni nak masuk kelas makeup so i boleh buat makeup tutorial” tulisnya.

Serentak dengan itu, netizen telah memberikan pendapat yang pelbagai di ruangan komen.

Dalam pada itu, Anzalna kini sedang meniti hari-hari bahagia apabila dia kini hamil empat bulan hasil perkongsian dengan suami, Hanif Zaki.

Foto: IG Anzalna Nasir

IKLAN