Nampaknya Permohonan maaf daripada pemilik jenama tudung Nealofar Hijab (NH), Neelofa disambut baik oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berikutan daripada kes pelancancaran tudung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Melalui sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Unit Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Tarmizi Mahmud mereka memuji tindakan NH yang secara terbuka meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

Malah, didalam kenyataan juga ada menyentuh soal setiap individu tidak terlari daripada melakukan kesalahan.

Namun sebaik-baiknya individu terbabit haruslah bertaubat dan belajar dari kesilapan yang telah dilakukan itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Puji Tindakan NH Meminta Maaf!

IKLAN

Malah, mereka turut menekankan dalam sesebuah perniagaan beberapa aspek keberkatan juga perlu diambil kira dan janganlah hanya mementingkan keuntungan.

“Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh NH apabila membuat permohonan maaf terhadap kesilapan telah mereka lakukan. Perkara ini bertepatan dgn hadis yang bermaksud:

“Setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat.

IKLAN

“Dalam melayari dunia perniagaan maka aspek keberkatan perlu diutamakn selain daripada keuntungan semata-mata.

“Justeru, pelancaran tudung baru-baru ini hendaklah tidak disertai elemen yang secara kuat boleh mengundang fitnah.

IKLAN

“Namun sewajarnya ia disulami dengan elemen tarbiyyah kepada masyarakat agar bertudung mengikut syariat bukan hanya fesyen semata-mata.

“Bagi memacu penambahbaikan industri tudung di Malaysia, dicadangkan agar mereka melantik “Penasihat Syariah” yang bertanggungjawab dalam menilai setiap produk yang dihasilkan agar ianya bukan sahaja mengikut peredaran semasa malah turut menitikberatkan prinsip-prinsip syarak.

“Kewujudan penasihat seumpama ini dapat mengelakkan kejadian seperti itu berulang seterusnya terus mengekalkan kepercayaan netizen terhadap produk berperanan dalam melengkapkan kesempurnaan ibadah seseorang wanita.

“Oleh itu, dinasihatkan agar mana-mana syarikat yang mempromosikan produk yang mempunyai elemen Islami agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar ia tidak memercikkan unsur negatif kepada agama Islam,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI