“Mudahkan Kerja-Kerja Macam Ni Pun Dah Cukup Membahagiakan,” – Suami Bantu Cuci Pinggan Mangkuk, Tasha Manshahar Luah Rasa Terharu

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sentiasa ringan tulang dalam membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

Menurut Tasha, meski pun ianya dilihat sebagai perkara kecil, namun hal tersebut sudah cukup membuatkan dirinya berasa sangat bahagia.

 “Little things that matter. Long way to go, banyak lagi perlu kami perbaiki bersama. Tapi sejujurnya bila suami tolong mudahkan kerja-kerja macam ni pun sebenarnya dah cukup membahagiakan.

“Lagi-lagi time kita tengah ada bad day ke tak sihat ke letih ke. Terharunyaaa ya Allah. Setuju tak para isteri? Semoga Allah jadikan kita juga isteri yang solehah, menenangkan, membahagiakan. Terima kasih my @raqibmajid ,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bukan Aku ini turut menyifatkan perkara tersebut telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk menjadi isteri yang solehah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian selain turut mendoakan semoga Tasha dan suami akan kekal bahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, Tasha telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan seorang penyanyi, Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muammar Rafiqi.

Sumber: Instagram Tasha Manshahar

IKLAN