Muat Naik Video Pandu Lori, Ramai Kagum Kebolehan Wany Hasrita!

Share

Satu perkongsian video dari penyanyi Wany Hasrita di laman media sosial Twitter miliknya mencuri perhatian warganet.

Menerusi rakaman video berdurasi 5 saat itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini dirakam sedang menunjukkan kebolehan dirinya memandu lori.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” tulisnya berbaur humor sebagai kapsyen.

Lalu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Wany memandu kenderaan berat itu.

Sehingga kini rakaman video tersebut telah meraih lebih 150,000 tontonan.

Foto: Twitter Wany Hasrita

IKLAN