Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ibu, Tapi Wajah Bapa Erra Fazira Curi Perhatian Netizen

Share

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran ibu Erra Fazira, Azizah Zaik. Menerusi Instagram awal hari ini, pelakon Polis Evo 2 itu ada menitipkan doa serta dedikasinya terhadap ibu tercinta.

Tulisnya, dia tetap menyayangi dan menganggap ibunya tetap cantik di mata meski tidak bersiap. Pada masa sama, Erra juga mengakui akan cuba untuk menjaga ibu kesayangan walau sesibuk mana sekalipun selain tidak pernah melupakan si ibu dalam setiap doanya.

“Ya aka jage mak sampai akhir nafas Ya… Walau Ya sibok dengan pelan… Ya die penah lupe nyebut name mak dalam doa Ya,” tulis Erra sambil mengharapkan dia mampu untuk berjasa dan membahagiakan ibunya.

Turut dimuat naik ialah video ucapan bersama anaknya, Engku Aleesya Engku Emran, 9 tahun.

Lalu, perkongsian dari bekas ratu itu turut menerima perhatian dari netizen. Selain ada yang turut memberikan ucapan hari jadi buat ibunya, tidak kurang yang turut kagum dengan wajah arwah bapanya, Wan Chek.

Malah, ada yang mengatakan raut wajah Erra saling tak tumpah seperi wajah bapanya. Sama kan?

Foto: Instagram Erra Fazira

IKLAN