Sejak awal pagi tadi kami tertanya-tanya apa dah jadi dengan akaun Instagram Janna Nick?

Tiba-tiba sahaja akaun yang punyai pengikut sebanyak 3juta itu kosong seperti akaun baru.

Muat Naik Gambar ‘Hodoh’, Akaun Instagram Janna Nick Digodam!

Namun selang beberapa jam, akaun berkenaan telah memuat naik beberapa gambar Janna yang tidak pernah ditonton pengikutnya sebelum ini.

Lebih mengeruhkan situasi golongan tidak bertanggungjawab ini telah memilih gambar-gambar Janna yang kurang senonoh dengan kapsyen-kapsyen yang kurang sesuai.

IKLAN

Akan bercinta 9malam ye??HAHAHAHAHAHA

A post shared by @jannanick on

sabar boleh?

A post shared by @jannanick on

Hmmm tetapi betul ke akaunya telah digodam atau ini hanya sekadar marketing strategi selebriti lagi?

IKLAN

Malah situasi ini juga telah menyebabkan ramai akaun fake yang berlumba-lumba dan mengambil kesempatan mengaku merekalah Janna Nick sebenar dan telah cipta akaun baru.

Jujur, MH nasihatkan orang ramai untuk berhati-hati sebelum mempercayai itu adalah akaun baru Janna Nick!

IKLAN

Dalam masa yang sama, ramai juga mempersoalkan, bagaimana akaun Janna yang sudah mempunyai ‘Blue Tick’ (Tanda Biru) boleh semudahnya digodam kerana selalunya akaun yang ditanda sebegini mempunyai sistem keselamatan yang lebih ketat berbanding akaun biasa.

Walaubagaimanapun, melalui sebuah temuramah bersama sebuah portal hiburan, Janna memberitahu memang benar akaunya telah digodam khamis lalu dan sedang berusaha untuk dapatkan akaun tersebut semula ketangannya.

Janna turut merasa sedih kerana banyak gambar-gambarnya hilang begitu sahaja…

Hmmmm, kesian betul! Siapa punya kerjalah kan? Apapun MH harap agar semua ini dapat diperbaiki dan pulih seperti sedia kala. Harap Janna sabar dan terus kuat!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI