Muat Naik Foto Bersama Di IG, Akhyar Rashid & Eyka Farhana Saling Balas Pantun ‘I Love You’. Sweetnya!

Share

Hubungan antara pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Akhyar Rashid bersama  pelakon, Eyka Farhana nampaknya semakin serius apabila pasangan tersebut secara terbuka dilihat berbalas ucapan ‘I love you’ di platform media sosial.

Ia susulan selepas Eyka ada memuat naik foto terbarunya bersama bintang bola sepak tersebut di Instagram.

Foto berkenaan memaparkan pasangan itu sedang berjalan bersama sambil mengenakan corak belang sedondon.

Tidak lama kemudian, Akyar ada menitipkan ucapan romantis pada foto tersebut di ruangan komen.

“Buat pondok dari kayu, Saya nak cakap iloveyou,” tulisnya.

Melihat komen tersebut, ini reaksi balas pelakon Preety Little Liars itu.

“Haha ini yang lemah ni. (Belai rambut nampak kutu, I love you too),” balasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah pasangan tersebut selain turut mendoakan agar mereka segera disatukan.

Hubungan diantara Akhyar dan Eyka menjadi perbualan hangat selepas beberapa foto percutian mereka di sebuah pulau tular di media sosial tidak lama dahulu.

Malah, Akhayar turut dilihat pernah membuat kejutan sambutan hari lahir Eyka yang ke-25 tahun.

Sumber: Instagram Eyka Farhana

IKLAN